Skip to main content

Diplomat Yang Tidak Diplomatik

Seorang Diplomat yang mewakili negaranya seharusnya bersikap diplomatik dengan mengutamakan perihal perhubungan baik antara dua buah negara. Tetapi, ini tidak berlaku pada Duta China, Dr Huang Huikang yang telah mencetuskan kontroversi dengan melawat Petaling Street sehari sebelum satu lagi Red Shirt Rally dijangka berlaku. Beliau kononnya telah mengunjungi Petaling Street sempena Mid-Autumn Festival yang disambut oleh kaum Cina. Soalannya, mengapa beliau pilih Petaling Street, bukannya Bukit Bintang, Plaza Low Yat atau tempat-tempat lain untuk mengagihkan Moon Cakes. Sebenarnya, beliau telah bermain politik, bukannya bersikap diplomatik.

Bukan itu saja, beliau turut memberikan kenyataan kepada para wartawan bahawa Negara China menentang Keganasan, Ektremisme dan Diskriminasi Kaum serta 'menjaga kepentingan perniagaan warganegaranya'.

Apakah yang dimaksudkan oleh beliau itu, terutama sekali mengenai 'menjaga kepentingan perniagaan warganegaranya'? Adakah ia bermaksud menjaga kepentingan perniagaan Cina Malaysia atau rakyatnya dari China yang berniaga di Petaling Street. Setahu saya, tidak ada rakyat Negara China yang berniaga di Petaling Street! Kalau ia bermaksud mahu menjaga kepentingan perniagaan Cina Malaysia, ini bererti beliau telah bersikap rasis dan mencampuri urusan dalam negeri Malaysia. Ini tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar Diplomat!

Tidak dinafikan Negara China adalah rakan perdagangan Malaysia yang terbesar dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai di sekitar USD100 billion. Ia juga merupakan rakan baik Malaysia sejak zaman Allahyarham Tun Razak. Oleh itu, apa jua berselisihan yang berlaku antara dua buah negara ini boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi, terutama sekali dalam keadaan ekonomi global sekarang yang tidak menentu. Keadaan ini akan memburukkan lagi kelembapan ekonomi China sekarang dan boleh merudumkan lagi nilai mata wang Malaysia.

Sehubungan itu, saya harap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dalam suasana persahabatan. Dr Huang telah pun berjumpa pemangku Menteri Luar Malaysia dan beberapa orang Menteri untuk menjelaskan isu tersebut. I understand that Dr Huang has met the acting Foreign Minister and other Ministers to clarify the issues. I hope the matters are now resolved amicably in the win-win situation.        

Walau bagaimanapun, kontroversi ini telah dikeruhkan oleh akhbar The Malaysia Chronicle ( www.malaysia-chronicle.com ) yang menganggap Dr Huang sebagai Hero yang mempertahankan Petaling Street daripada Gangster UMNO. Akhbar ini sepatutnya membantu menjernihkan keadaan. Tetapi tidak, malah mencabar UMNO dengan berkata "If anak jantan, UMNO should invade China - not just talk." Ia turut menggertak Malaysia dengan menyenaraikan aset-aset Angkatan Bersenjata China yang memiliki pelbagai jenis Kapal Perang, Nuclear Warheads, Peluru Berpandu, Kapal Selam dan lain-lain. Ia seolah-olah mahu mencabar dan menakut-nakutkan negara Malaysia. Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya disiarkan oleh akhbar berkenaan. Ia tidak beretika langsung dan bersifat provokatif.

Sejak dulu lagi, saya serta rakan-rakan blogger yang sealiran, telah menentang keras terhadap sebarang bentuk "Street Demonstrations" kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam dan negara. Saya harap tiada lagi "Street Demonstrations" diadakan selepas Demonstrasi Baju Kuning dan Baju Merah yang lalu. Kami juga mengutuk sekeras-kerasnya sebarang campur tangan asing terhadap urusan dalam negeri Malaysia. Saya yakin Malaysia boleh menyelesaikan masalahnya dengan baik dan bijak. And, Our strongest condemnation to The Malaysia Chronicle for its provocative reporting and inciting war between Malaysia and China. As a responsible News Media, this kind of crap reporting is unethical and shameless. What we need now is World Peace, not World War! Malaysians are Peace Loving People.                    


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The views given are entirely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...