Skip to main content

Bersih 4.0 - Satu Rahmat Tersembunyi Bagi PAS, UMNO Dan NGO Melayu

Demonstrasi Bersih 4.0 telah pun lama berlalu. Apa yang mereka telah capai? Jawapannya, hanya dua - Berjaya dan Gagal!

1. Berjaya menganjurkan demonstrasi paling besar berbanding B 1, B 2 dan B 3. Berjaya mengumpulkan 90% demonstrator Cina. Berjaya mengadakan demonstrasi dengan aman walaupun pelbagai sepanduk dan gelagat mereka berbaur penghinaan, hasutan dan perkauman. Berjaya merenggangkan keharmonian kaum. Berjaya mendapat publisiti antarabangsa untuk kepentingan Political Master mereka. Berjaya mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia. Dipercayai Berjaya mengumpul dana sebanyak RM2.5 juta. Dipercayai Berjaya mendapat dana daripada NED, NDI, OSI dan DAP. Berjaya mengangkat martabat DAP sebagai peneraju utama Demonstrasi.

Sebaliknya, ia juga merupakan Satu Rahmat Tersembunyi. A Blessing In Disguise for PAS, UMNO and Malay Muslim NGOs!

Berjaya Mencelikkan Mata Orang Melayu Islam. Berjaya Menyedarkan Orang Melayu Islam. Berjaya Menyatu Padukan Kembali Orang Melayu Islam. Berjaya Menyuntik Semangat Orang Melayu Islam. Berjaya Membongkar Tembelang Sebenar DAP dan B 2.0.

2. Gagal menjatuhkan DS Najib. Gagal menumbangkan Kerajaan UMNO dan BN. Gagal mengadakan Undi Tidak Percaya di Parlimen. Gagal menubuhkan Kerajaan Sementara dengan dikuasai oleh DAP. Gagal meraih sokongan besar orang Melayu Islam. Gagal meracuni fikiran orang Melayu Islam. Gagal menarik penyertaan ramai orang Melayu Islam. Gagal menjadikan demonstrasi pelbagai kaum (multi racial) kerana Demographic Mixed mereka amat tidak seimbang. Hanya lebih kurang 10% Orang Melayu Islam yang sertai. Gagal mencapai matlamat 1 juta demonstrator. 500,000 demonstrator yang diwarwarkan oleh mereka adalah satu Penipuan, Spins and Lies. Sebenarnya, mengikut Aerial Square Grid Counting yang dilakukan oleh para pemerhati, hanya lebih kurang 80,000 demonstrator yang sertai. Don't try to Bullshit the Rakyat with your lies and spins! You can never gather such crowd in the vicinity around Dataran Merdeka!    

Walau bagaimanapun, Mesej yang disampaikan oleh Bersih 4.0 amat jelas. Mereka bukan saja mahu DS Najib berundur, malah mahu Kerajaan UMNO, Melayu Islam dan BN tumbang dan diganti dengan Kerajaan Baru yang diterajui oleh Cauvinis DAP. Thanks for the clear message. It's actually a blessing in disguise. The message will make the Malay Muslims more resolute and united.

Sebenarnya, Demonstrasi B 4.0 yang didominasi oleh cauvanis DAP dan kaum Cina adalah satu rahmat tersembunyi (a blessing in disguise) bagi PAS, UMNO dan NGO Melayu Islam yang lain. Kebanjiran mereka di jalanraya dengan pelbagai sepanduk dan gelagat yang menghasut dan memfitnah Kerajaan dan orang Melayu Islam, termasuk gambar DS Najib dan DS Hadi Awang untuk dipijak para demonstrator Cina, telah mencelikkan mata orang Melayu Islam. Orang Melayu Islam telah sedar bahawa mereka kini tidak boleh bertelagah dan berpecah lagi. Sebaliknya, mereka kini mesti bekerjasama dan bersatu-padu.

Demonstrasi tersebut turut disertai oleh mereka yang mempunyai matlamat sendiri seperti para penyokong Hak Gay dan LBGT serta orang-orang Anwar yang mahukan beliau dibebaskan dari penjara.

Sehubungan itu, jadikanlah peristiwa tersebut sebagai satu ikhtibar, peringatan, kesedaran dan permulaan kepada Kerjasama antara PAS, UMNO, Parti dan NGO Melayu Islam yang lain untuk menghadapi PRU-14 akan datang. Orang-orang Melayu Islam sekarang mesti bersatu padu, bekerjasama dan tidak boleh berpecah lagi. Musuh mereka sekarang ialah cauvanis DAP dan kuncu-kuncunya.

Datuk nenek kita telah berpesan sejak dulu lagi bahawa 'Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh'. Maka Orang Melayu Islam Mesti Bersatu!

PAS, UMNO, Parti dan NGO Melayu Islam yang lain mesti duduk semeja sekarang untuk membincangkan strategi dan agenda masa depan mereka. Mereka tidak boleh berlengah lagi. Mereka tidak boleh bertelagah lagi. Mereka mesti menyingkirkan keegoan, kesombongan dan kepentingan masing-masing. Mereka perlu membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Mereka mesti selesaikan perkara titik bengik dan ranting-ranting. Mereka mesti Sehati Sejiwa!  

Sebagai permulaan kepada Kerjasama ini, saya syorkan agar UMNO menyokong Usul melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan sekiranya Usul tersebut dibentangkan di Parlimen. Biar Kelantan melaksanakan Hukum tersebut sebagai Contoh. Lagi pun, dengan pelaksanaan Hukum tersebut, Kelantan akan kekal dan terjamin di bawah pemerintahan Melayu Islam.

Saya amat mengalu-alukan keputusan Kerajaan Brunei melaksanakan Hukum Hudud di negara tersebut. Dengan Hukum berkenaan, Brunei akan kekal dan selamat di bawah pemerintahan Melayu Islam tanpa diganggu-gugat oleh anasir-anasir asing.    

Seperti saya kata dulu, anda tidak boleh menukar Kerajaan dengan Demonstrasi Jalanan. Anda hanya boleh mengubah Kerajaan menerusi Peti Undi. You can never change the Government with Street Demonstration. It has to be done democratically through General Election. Please wait for the 14th GE.


* Pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
* The opinion given is purely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.
  

  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...