Seperti yang diramalkan, PAP telah menang besar dengan memenangi 83 buah kerusi daripada 89 kerusi yang ditandingi. Workers' Party hanya menang 6 buah kerusi.
Kebanyakan rakyat Singapura masih memberi kepercayaan penuh kepada PAP untuk menerajui Singapura selama lima tahun lagi. PAP telah memerintah Singapura sejak 1965 dengan membawa pelbagai perubahan dan kemajuan termasuk menjadikan Singapura sebuah negara maju dan hab kewangan serantau. Mereka juga berjaya memantapkan kedudukan ekonomi serta mewujudkan sebuah bandaraya yang moden, tersusun dan bersih.
Suasana perkabungan dan simpati yang masih menyelubungi Singapura selepas kematian Lee Kuan Yew dalam bulan Mac turut mendorong kepada kemenangan besar PAP. Pengaruh LKY masih dirasakan di negara pulau tersebut.
Kempen Workers' Party telah mendapat sambutan luar biasa, malangnya ia tidak dapat diterjemahkan kepada undi kemenangan.
Prestasi PAP kali ini adalah lebih baik daripada 2011 dengan peratusan majoriti yang meningkat. Walau bagamainapun, bilangan wakil rakyat Melayu masih rendah, tidak setimpal dengan peratusan penduduk Singapura.

Comments