Rabu, 29 November 2017 - Saya amat mengalu-alukan pelucutan Anugerah 'Freedom of the City' daripada Aung San Suu Kyi yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Oxford, London pada Isnin lalu. Tindakan itu, yang merupakan julung kali dilakukan oleh Majlis tersebut, berpunca daripada keengganan Suu Kyi mengambil tindakan sewajarnya terhadap penderitaan kaum minoriti Rohingya. Suu Kyi adalah bekas pelajar Oxford University. Beliau dianugerahkan Anugerah tersebut pada tahun 1997 ekoran hubungan peribadinya dengan Oxford. Saya harap, tindakan itu akan disusuli oleh pelbagai desakan lagi seperti menarik semula Anugerah Nobel Peace Prize yang tidak layak dipegang oleh beliau ekoran pembisuan dan penafiannya ketika ribuan rakyat minoriti Rohingya dibunuh, dibakar, dirogol dan dihalau dengan kejam. Suu Kyi yang satu ketika dulu dikenakan tahanan rumah dan kental bersuara memperjuangkan hak asasi manusia serta demokrasi di Myanmar, kini menikus ikut arahan Tentera selepas diangkat seba...