Skip to main content

Aung San Suu Kyi Dilucutkan Anugerah 'Freedom of the City'.

Rabu, 29 November 2017 - Saya amat mengalu-alukan pelucutan Anugerah 'Freedom of the City' daripada Aung San Suu Kyi yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Oxford, London pada Isnin lalu. Tindakan itu, yang merupakan julung kali dilakukan oleh Majlis tersebut, berpunca daripada keengganan Suu Kyi mengambil tindakan sewajarnya terhadap penderitaan kaum minoriti Rohingya.

Suu Kyi adalah bekas pelajar Oxford University. Beliau dianugerahkan Anugerah tersebut pada tahun 1997 ekoran hubungan peribadinya dengan Oxford.

Saya harap, tindakan itu akan disusuli oleh pelbagai desakan lagi seperti menarik semula Anugerah Nobel Peace Prize yang tidak layak dipegang oleh beliau ekoran pembisuan dan penafiannya ketika ribuan rakyat minoriti Rohingya dibunuh, dibakar, dirogol dan dihalau dengan kejam.

Suu Kyi yang satu ketika dulu dikenakan tahanan rumah dan kental bersuara memperjuangkan hak asasi manusia serta demokrasi di Myanmar, kini menikus ikut arahan Tentera selepas diangkat sebagai pemimpin de facto Myanmar.

Ucapan-ucapan beliau ketika ini hanya sarat dengan pembohongan dan penafian. Beliau tidak boleh lari daripada kenyataan dan pembuktian imej satelit yang menunjukkan ratusan kampung Rohingya telah dibakar hangus sebagai strategi 'ethnic cleansing' Myanmar. Ini diperkuatkan lagi dengan pembuktian laporan para wartawan bebas yang mengesahkan berlakunya pembakaran ratusan kampung, pembunuhan ribuan etnik Rohingya dan rogol terhadap wanita dan anak gadis kaum Rohingya.

Saya yakin Suu Kyi tahu semua kejadian ini, tetapi takut terhadap Tenteranya yang telah berkuasa sejak berdekad lalu. Selaku pemimpin de facto Myanmar sekarang dan bekas pejuang kebebasan negara, beliau harus berani berdepan dengan Tenteranya. Sebagai sebuah negara Demokrasi, Pemimpin politik harus mengatasi Tentera. Tentera harus akur dengan arahan Pemimpin. Tetapi, ini tidak berlaku di Myanmar sekarang. Mengapa? Seolah-olah Mynamar masih lagi diperintah oleh Tentera dan Suu Kyi hanya seorang Pemimpin Boneka seperti Lembu Dicucuk Hidung.

Kini, lebih setengah juta etnik Rohingya sedang berkampung di sempadan Bangladesh dan Mynamar. Mereka melarikan diri dari kawasan Rakhine untuk mengelak buruan dan kekejaman Tentera Myanmar. Kehidupan dan masa depan mereka sekarang masih terumbang-ambing dan penuh dengan tanda tanya. Ribuan pelarian didapati menghidap pelbagai jenis penyakit, ada yang menunggu kematian, ada yang mengalami malnutrition akibat kekurangan dan kebuluran makanan, ada yang mengalami depresi akibat melihat sendiri pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Tentera Myanmar, dan ada yang menderita sebagai mangsa-mangsa rogol. Amat menyedihkan!

Bantuan makanan, peralatan dan perubatan dari pelbagai negara telah dihantar ke kawasan tersebut. Malaysia turut menyumbang pelbagai jenis makanan, peralatan dan perubatan untuk keperluan para pelarian. Pasukan perubatan Malaysia telah mendirikan Field Hospital untuk keperluan perubatan.

Di Myanmar, perkataan Rohingya adalah taboo bagi rakyat Myanmar yang majoritinya beragama Buddhist. Mereka tidak mengiktiraf kaum Rohingya sebagai rakyat Myanmar. Mereka masih menganggap kaum Rohingya sebagai para pendatang dari Bangladesh yang digelar Bengali. Itulah pegangan mereka sehingga kini.         

- ends -


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...