Selasa, 21 November 2017 - Ketika ini, cadangan untuk memperkenalkan semula Sekolah Aliran Inggeris sedang hangat diperbahaskan di pelbagai media cetak, siaran dan sosial. Tujuan utama ia ditubuhkan semula ialah untuk meningkatkan tahap kelancaran dan kecekapan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar. Akhirnya, ia akan dapat membantu para pelajar dalam pelbagai perkara, termasuk memudahkan mereka mendapat pekerjaan multinational, melanjutkan pelajaran di luar negara, menyertai persidangan dan forum antarabangsa, dan banyak lagi.
Susulan daripada inisiatif itu, pelbagai reaksi telah diberikan oleh orang ramai. Ada pihak yang mengalu-alukannya dan ada juga yang menolak dan membantah keras.
Tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Inggeris adalah sebuah Lingua Franca yang amat penting ketika ini. Ia juga merupakan sebuah Bahasa Ilmu Pengetahuan dan Teknologi terkini. Ia sering dipertutur dan digunakan di pelbagai arena antarabangsa, termasuk di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu, Apec, Opec, Asean, Konvensyen Dunia, Forum Universiti-Universiti Dunia dll. Buku-buku dalam Bahasa Inggeris amat mudah diperolehi di serata dunia. Malah, Perpustakaan Universiti Malaya turut dibanjiri dengan buku-buku dalam Bahasa Inggeris. Semua ini mencerminkan betapa pentingnya Bahasa berkenaan.
Ketika ini, ramai rakyat Jepun, Korea, Rusia, Arab dan Cina sedang giat mempelajari Bahasa Inggeris untuk memudahkan mereka menjalankan perniagaan di seluruh dunia. Malah, pelbagai Apps yang terdapat dalam Telefon Pintar kita sekarang, adalah dalam Bahasa Inggeris.
Boleh dikatakan, generasi saya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik kerana kami bersekolah dalam Aliran Inggeris. Saya hanya mendapat pendidikan Aliran Melayu dalam Darjah Satu. Selepas itu, saya beralih kepada Aliran Inggeris sehingga tamat alam persekolahan. Walaupun begitu, kami tetap tidak mengabaikan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu kami tetap mantap dan kami masih anak Melayu sejati, berbudaya Melayu dan beragama Islam. Aliran Inggeris tidak pernah mengInggeriskan kami, tetapi membantu kami menjadi fasih dan mahir dalam Bahasa Inggeris.
Kekuatan Bahasa Inggeris telah membolehkan saya berhijrah daripada Lembaga Pelabuhan Klang kepada Syarikat Eric White Associates, sebuah Syarikat Perunding Perhubungan Awam Antarabangsa yang terkemuka di Malaysia dalam tahun 80-an. Eric White Associates adalah anak syarikat Hill And Knowlton Group, USA. Ketika di Eric White Associates, saya telah berpeluang mengikuti pelbagai jenis kursus profesional. Setelah beberapa tahun bertugas di Eric White Associates, saya menubuhkan Syarikat Terjemahan saya sendiri, Al-Sadiq Consultants.
Bahasa Inggeris juga telah memboleh dan memudahkan saya serta rakan karib saya, Arwah Mohktar Muhammad, mengembara ke Eropah dalam tahun 70-an ketika kami masih di LPK. Siapa tidak kenal Arwah Mokhtar yang begitu fasih dan lancar dalam Bahasa Inggeris. Al-Fatihah untuk sahabat saya, Allahyarham Mokhtar Muhammad. Aamiin.
Di Malaysia sekarang terdapat pelbagai Aliran Sekolah. Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Agama Islam, Sekolah Tahfiz, Sekolah Swasta, Sekolah Pondok dan pelbagai Sekolah lagi. Oleh itu, mengapa tidak kita memperkenalkan satu lagi Aliran, iaitu Sekolah Aliran Inggeris bagi ibu bapa yang mahu anak-anak mereka menyertai Aliran tersebut. Sekolah tersebut mestilah dipantau oleh Kerajaan serta mematuhi syarat-syarat Dasar Pendidikan Negara. Ia mesti tidak mengatasi atau mendahului Aliran Kebangsaan yang kini menjadi Dasar dan Teras Utama Negara. Bahasa Melayu mesti terus diangkat dan dinobatkan sebagai Bahasa utama di Malaysia. Rakyat Malaysia mesti diwajibkan fasih dan mahir dalam Bahasa Melayu. Ini tidak boleh dikompromikan.
Saya sokong agar Sekolah Aliran Inggeris diwujudkan semula, tetapi tidak mengatasi peranan Sekolah Aliran Kebangsaan yang ada. Sekolah Aliran Kebangsaan dan Bahasa Melayu mesti terus diutamakan.
- ends -
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
* The opinion given is purely mine without any external influence.
.

Comments