Skip to main content

Minyak Oh Minyak!

Isnin, 20 November 2017 - Apabila menjelang Rabu petang, para pengguna minyak petrol di seluruh Malaysia akan mula menggaru kepala. Harga minyak naik atau turun? Semua bersorak riang apabila harga minyak turun dan menyumpah seranah apabila harga minyak naik. Saya juga suka harga minyak turun. Kalau boleh, sentiasa turun, tidak naik-naik langsung!

Malangnya, harga minyak petrol bukan ditentukan oleh Malaysia, tetapi oleh pasaran minyak dunia (International Oil Market) yang dikuasai oleh Opec dan beberapa buah negara berkepentingan. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu.

Harga minyak di pasaran dunia sekarang ialah di sekitar USD62.00. setong berbanding USD32.00 dalam tahun 2016. Pada tahun 2016, harga minyak petrol kita pernah menjunam sehingga RM1.60 seliter. Tetapi, ramai di kalangan kita telah lupa tentang perkara tersebut.

Malaysia bukan negara Opec seperti Indonesia pada satu ketika dulu. Indonesia mengeluarkan lebih banyak minyak daripada Malaysia. Selepas subsidi minyak ditarik, Malaysia telah memperkenalkan Managed Float System bagi menentukan harga minyak mengikut harga pasaran dunia.   

Mengikut data harga minyak petrol sedunia pada 13 November 2017, purata harga minyak petrol sedunia dunia ialah di sekitar USD1.09 seliter, iaitu RM4.59. Ini bermakna, harga minyak petrol kita sekarang adalah jauh lebih rendah daripada harga tersebut.

Data harga minyak paling murah seimbas lalu pada 13 November 2017:

1. Venezuela - USD 0.1
2. Arab Saudi - USD 0.24
3. Turkmenistan - USD 0.29
4. Algeria - USD 0.31
5. Iran - USD 0.34
6. Kuwait - USD 0.35
19. Malaysia - USD 055
23. Indonesia - USD 0.63

Ini bermakna, harga minyak petrol kita adalah yang ke-19 paling murah berbanding hampir 200 buah negara di seluruh dunia. Malah, harga minyak kita lebih rendah daripada Indonesia yang mengeluarkan lebih banyak minyak daripada Malaysia.

Saya amat mengalu-alukan kenyataan Menteri Kewangan 2 baru-baru ini yang mencadangkan agar Brim Ekstra diberikan kepada para penerima Brim sekiranya harga minyak naik ke paras kritikal. Ini bagi membantu golongan B40 menampung kenaikan harga minyak dan kos sara hidup. Saya juga difahamkan bahawa Majlis Ekonomi Negara akan membincangkan subsidi minyak bagi membendung kenaikan harga minyak sekarang!

Kenaikan harga minyak dunia bukan merupakan satu berita buruk bagi Malaysia. Sebaliknya, ia merupakan satu berita gembira bagi Petronas dan Kerajaan. Keuntungan Petronas dan Kerajaan akan meningkat berlipat kali ganda. Setiap kenaikan harga minyak sebanyak USD1, Petronas akan untung RM300 juta. Pendapatan Kerajaan juga turut meningkat hasil kutipan cukai. Dengan peningkatan pendapatan tersebut, Kerajaan boleh terjemahkannya dalam bentuk Brim Ekstra dan subsidi minyak khas untuk meringankan beban rakyat Malaysia.
   
- ends - 



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...