Skip to main content

Robert Mugabe - Daripada Hero Menjadi Zero!

Ahad, 19 November 2017 - Kedudukan Presiden Robert Mugabe, 93 tahun, telah pun terjawab! Parti ZANU-PF, yang mengadakan Mesyuarat Luar Biasa pada hari ini telah memecat beliau yang telah berkuasa secara kuku besi selama 37 tahun sejak tahun 1980. Beliau telah diganti oleh Timbalannya, Emmerson Mnangagwa.

Episod ini bermula apabila beliau memecat Timbalannya, Emmerson Mnangagwa untuk memberi laluan kepada Isterinya, Grace, 52 tahun, untuk mengambil alih jawatan Presiden.

Tindakan itu telah mengundang rampasan kuasa oleh Tentera Zimbabwe yang mengenakan Tahanan Rumah ke atas beliau dan keluarga.

Ribuan rakyat Zimbabwe telah keluar membanjiri bandar Harare untuk menyambut dan menyokong tindakan Tentera tersebut. Selama ini mereka telah hidup sengsara akibat kemelesetan ekonomi yang teruk, inflasi yang sangat tinggi, pengangguran yang berleluasa, rasuah yang semakin kronik, masalah kroni dan pemerintahan kuku besi.

Robert Mugabe bermula sebagai Hero untuk melepaskan Southern Rhodesia (kini Zimbabwe) daripada cengkaman British di bawah pemerintihan Ian Smith. Beliau serta rakan-rakan seperjuangannya akhirnya berjaya mengusir penjajahan Kulit Putih pada tahun 1980. Sejak tahun itu, beliau tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Lama-kelamaan, kuasanya telah berakar umbi menjadi satu bentuk Dictatorship dan tidak mahu berundur walaupun telah mencecah usia 93 tahun dan kian uzur. Sesiapa saja yang menentang beliau akan ditahan atau dilenyapkan. Gila dan kemaruk kuasanya telah meracuni minda dan darah dagingnya! 

Pemimpin politik tidak harus diberi kuasa secara lama. Mereka harus diberi kuasa selama dua penggal saja. Paling lamapun, tiga penggal! Selepas itu, mereka harus turun dan diganti dengan pemimpin baru bagi mengelak berlakunya salah guna kuasa dan pembentukan sifat Dictatorship seperti yang dialami oleh Robert Mugabe.

Mungkinkah kejatuhan Robert Mugabe ini akan menular dan menjadi 'Africa Spring' kepada beberapa pemimpin Afrika yang lain yang turut memerintah negara mereka dengan lama?

Sungguh malang nasib Robert Mugabe. Beliau bermula dengan bergaya, tetapi berakhir dengan penyingkiran akibat mabuk kuasa.

- ends -

Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi penulis tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. The opinion given is purely mine without any external influence.

 
  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...