Skip to main content

Mungkinkah Ron 92 Diperkenal Semula?

Khamis, 23 November 2017 - Ekoran daripada harga minyak yang tidak menentu sekarang, beberapa NGO telah mencadangkan agar Kerajaan memperkenalkan semula minyak Ron 92 yang lebih murah untuk para pengguna yang berpendapatan rendah.

Sebelum kita berpatah balik kepada Ron 92, beberapa perkara perlu dipertimbangkan.

1. Walaupun Ron 92 lebih murah daripada Ron 95, kualiti minyak Ron 92 adalah lebih rendah daripada Ron 95.
2. Ron 92 didapati boleh mencemarkan alam sekitar yang akhirnya akan ditanggung oleh manusia sendiri, iaitu para pengguna.
3. Boleh dikatakan semua jenis enjin kenderaan terkini disesuaikan dengan minyak Ron 95 dan Ron 97 yang lebih berkualiti. Minyak-minyak terbaru ini membantu kelancaran enjin dan kelajuan kenderaan.
4. Ron 95 dan Ron 97 kurang mencemarkan alam sekitar dan didapati lebih mesra alam (environmental friendly).
5. Negara Malaysia terus melangkah ke depan seiring dengan penemuan teknologi terkini dan dunia moden. Berpatah balik ke Ron 92, bererti kita berundur ke belakang dengan teknologi lama yang mencemarkan alam sekitar.

Saya berpendapat, Kerajaan mesti terus memperkenalkan dan membekalkan minyak-minyak terkini, di samping mengambil beberapa langkah perlu untuk mengawal harga minyak tersebut supaya ia tidak membebankan para pengguna berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40).

Walaupun harga minyak ditentukan oleh harga pasaran dunia, Kerajaan boleh mengawalnya dan membantu para pengguna dengan memperkenalkan beberapa strategi seperti memberikan Brim Ekstra dan Subsidi Khas Minyak apabila keadaan memerlukan. Langkah ini dapat mengurangkan beban rakyat.

Pendekatan dan stratagi ini perlu dilaksanakan sekarang demi rakyat terbanyak, bukan tunggu sehingga PRU-14 pada awal atau pertengahan 2018. Rakyat akan melihatnya sebagai muslihat Pancing Undi!

Kerajaan mesti gunakan Kuasanya sekarang untuk mengawal harga minyak, sebelum Rakyat menggunakan Kuasa mereka untuk Menghukum Kerajaan.

Pendapatan Petronas dan Kerajaan telah meningkat susulan kenaikan harga minyak mentah dunia. Oleh itu, Kerajaan perlu berkongsi keuntungan ini bersama Rakyat.

- ends -


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
* The opinion given is purely mine without any external influence.


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...