Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Mengapa Dr Mahathir Tidak Dibenarkan Melawat Anwar!

Khamis, 11 Januari 2018 - Mengapa Dr Mahathir tidak dibenarkan melawat Anwar Ibrahim semalam? Jawapannya mudah. Beliau tidak patuhi prosedur dan undang-undang Jabatan Penjara! Beliau tidak mohon kebenaran pihak Penjara terlebih dahulu dan mahu menemui Anwar begitu saja seolah-olah Anwar berada di bilik Hotel. Di Hotel pun, ada kalanya kita perlu mohon kebenaran Receptionist untuk menemui rakan di bilik hotel. Jabatan Penjara telah menetapkan prosedur dan undang-undang ketat untuk melawat banduan di penjara atau di hospital. Isteri, anak, ibu bapa atau Peguam banduan juga perlu mendapat kebenaran Penjara terlebih dahulu sebelum dibenarkan melawat banduan. Inikan pula orang biasa. Itu pun ada masa dan tarikh ditetapkan! Dr Mahathir tidak boleh salahkan sesiapa kerana beliau tidak patuhi prosedur dan undang-undang Jabatan Penjara. Selaku bekas PM dan calon PM PH, beliau tentu arif tentang perkara ini dan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Ini tidak, beliau gempur s...

Dr Mahathir Tidak Akan Jadi PM!

Selasa, 9 Januari 2018 - Sekarang ini, di mana-mana saja, baik dalam akhbar atau media sosial, di warung kopi atau di rumah, rakyat Malaysia sibuk berbicara tentang Dr Mahathir sebagai PM. Saya berpendapat, tidak perlu dibicarakan sangat tentang Dr Mahathir menjadi PM. Mengapa? Kerana Dr Mahathir tidak akan menjadi PM. Mengapa saya kata begitu? Kerana PH akan tewas kepada UMNO/BN dan PAS dalam PRU-14. Habis cerita. Ketewasan PH bermula sebaik saja Dr Mahathir dinobatkan sebagai calon PM sementara jika PH menang dalam PRU-14. Sebaik saja Dr Mahathir diumumkan sebagai calon PM, bukan saja UMNO/BN, malah PAS, ahli-ahli akar umbi dan para penyokong PH, ahli-ahli PKR dan PAN, dan terbaru PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali serta anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo, turut memperlekeh dan mempertikaikan kewajaran memilih Dr Mahathir sebagai calon PM PH. Mereka rata-rata berpendapat Dr Mahathir sudah berusia 93 tahun, calon kitar semula, tidak boleh dipercayai, regresif, akan...

Dr Mahathir Calon PM Dan Pribumi Dapat 52 Kerusi!

Ahad, 7 Januari 2018 - Di Mesyuarat terakhir PH malam tadi, sebelum Kovensyen mereka pada hari ini, PH telah memilih Dr Mahathir sebagai calon PM dan Dr Wan Azizah sebagai TPM sekiranya PH menang dalam PRU-14. Mereka juga telah menyelesaikan pengagihan kerusi parlimen untuk Semenanjung. Pribumi diberikan 52 kerusi, PKR 51 kerusi, DAP 35 kerusi dan Amanah 27 kerusi. Jika disertakan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak, PKR menguasai kerusi paling banyak. Walau bagaimanapun, segala persoalan dan teka-teki akan terjawab selepas Kovensyen PH selesai pada hari ini. Difahamkan, Amanah Johor telah memulaukan Konvensyen hari ini kerana tidak berpuas hati dengan agihan kerusi parlimen di Johor. Mereka hanya diberikan dua kerusi untuk bertanding. Sebelum itu, telah berlaku sedikit kekecohan apabila sebilangan penyokong Anwar Ibrahim menjulang kain rentang sebagai tanda menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon PM. Tetapi, mereka telah dihalang oleh penyokong Amanah. Daripada senario ini, dij...

Mesyuarat Majlis Presiden PH Gagal Pilih Calon PM!

Jumaat, 5 Januari 2018 - Mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan semalam telah menemui jalan buntu untuk memilih calon PM dan TPM mereka. Mereka tidak sepakat dan sehaluan! Difahamkan, DAP, PAN dan Pribumi telah bersetuju untuk memilih Dr Mahathir sebagai calon PM sekiranya PH menang dalam PRU-14. Tetapi, PKR telah membantah keras kerana Dr Mahathir dikatakan tidak menenuhi kehendak perjuangan Reformasi yang diperjuangkan oleh PKR sejak penubuhannya. Sebelum Mesyuarat tersebut bermula, satu kenyataan Anwar Ibrahim dari Penjara Sungai Buloh telah diterima yang menasihati agar keputusan untuk memilih calon PM mestilah dibuat mengikut kehendak suara rakyat. Ini bererti, ia mestilah dilakukan secara Konsensus (dipersetujui oleh semua parti) serta mendapat persetujuan NGOs dan para aktivis. Pada minggu lalu, dipercayai dua orang aktivis wanita berpengaruh yang mewakili sebuah NGO telah menemui Dr Mahathir serta memberikan pandangan mereka. Jelas mereka, sekiranya Dr Mahathir dicalo...

PRU-14 Pada Pertengahan Mac?

Khamis, 4 Januari 2018 - Mesyuarat Dewan Tertinggi BN telah diadakan malam tadi di PWTC. Sebelum itu, Portal Berita BN therakyat.com telah dilancarkan sebagai strategi untuk mendekati rakyat Malaysia serta menyanggah berita-berita palsu (fake news). Adakah petunjuk ini menandakan bahawa PRU-14 semakin hampir! Beberapa orang pemimpin BN berkata ia merupakan persiapan dan kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU-14. Namun begitu, mereka menafikan telah membincangkan soal tarikh PRU-14 kerana mereka masih mempunyai masa. Melihat kepada keadaan PH sekarang yang masih tidak sehaluan dan komen-komen liar Dr Mahathir yang memakan diri sendiri, nampaknya situasi tersebut telah memberi kelebihan kepada UMNO/BN dan PAS. Dr Mahathir yang sebelum ini dilihat sebagai aset kepada PH untuk menarik undi orang Melayu, telah menjadi liabiliti dan bebanan kepada mereka. Kebanyakan orang Melayu telah mula menjauhkan diri daripada Dr Mahathir yang sering saja membuat Pusingan-U (U-Turns) demi kepentingan po...

2018 - Tahun PRU-14 Dan Isu Kos Sara Hidup!

Isnin, 1 Januari 2018 - Selamat Tinggal Tahun 2017 dan  Selamat Datang Tahun Baru 2018. Pelbagai peristiwa susah senang, pahit manis telah kita alami dalam tahun 2017. Namun begitu, ia tidak pernah melunturkan semangat kita, malah telah membuatkan kita semakin matang, teguh dan positif untuk menghadapi Tahun Baru 2018. Berteraskan pengalaman tersebut, saya yakin, kita akan menghadapi Tahun 2018 dengan lebih bijak, berani dan cekal. Ini bermakna, walau apapun yang mendatang dalam tahun 2018, kita akan harunginya dengan punuh tabah dan yakin tanpa berundur ke belakang. Malaysia dijangka akan memulakan tahun baru ini dengan lebih bergaya berbanding tahun 2017. Matawang Ringgit didapati kian stabil dan meningkat, ekonomi bertambah baik dengan GDP yang memberangsangkan, rizab luar negara BNM telah mencecah lebih USD101 bilion, kadar pengangguran yang rendah, sementara World Bank dan IMF telah berpuas hati dengan prestasi kewangan dan ekonomi Malaysia. Dua perkara utama bakal men...