Skip to main content

Dr Mahathir Tidak Akan Jadi PM!

Selasa, 9 Januari 2018 - Sekarang ini, di mana-mana saja, baik dalam akhbar atau media sosial, di warung kopi atau di rumah, rakyat Malaysia sibuk berbicara tentang Dr Mahathir sebagai PM.

Saya berpendapat, tidak perlu dibicarakan sangat tentang Dr Mahathir menjadi PM. Mengapa? Kerana Dr Mahathir tidak akan menjadi PM. Mengapa saya kata begitu? Kerana PH akan tewas kepada UMNO/BN dan PAS dalam PRU-14. Habis cerita.

Ketewasan PH bermula sebaik saja Dr Mahathir dinobatkan sebagai calon PM sementara jika PH menang dalam PRU-14. Sebaik saja Dr Mahathir diumumkan sebagai calon PM, bukan saja UMNO/BN, malah PAS, ahli-ahli akar umbi dan para penyokong PH, ahli-ahli PKR dan PAN, dan terbaru PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali serta anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo, turut memperlekeh dan mempertikaikan kewajaran memilih Dr Mahathir sebagai calon PM PH. Mereka rata-rata berpendapat Dr Mahathir sudah berusia 93 tahun, calon kitar semula, tidak boleh dipercayai, regresif, akan memperkenalkan semula Mahathirisme (era penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme yang ditentang oleh Reformasi), tidak membawa agenda Reformasi serta membawa pelbagai skandal dan masalah politik (political baggage and mess) bersamanya. Semua ini akan menjadi liabiliti dan bebanan kepada kepada PH, bukannya aset. 

Ekoran kekecewaan serta serangan bertubi-tubi dari pelbagai parti, lawan mahupun kawan, NGOs, aktivis dan orang ramai, kemenangan PH dalam PRU-14 adalah tipis. Mungkin juga daripada slim chance kepada zero chance.

Berdasarkan kelemahan strategi PH ini, keadaan ekonomi Malaysia yang bertambah baik, kedudukan matawang Ringgit yang kian mantap yang berjaya memecah tembok psikologi RM4 semalam kepada RM3.98 berbanding USD1 dan RM2.99 berbanding SGD1, rizab asing BNM yang mencecah lebih USD100 bilion, keselamatan negara yang terjamin, keharmonian kaum, kestabilan politik, harga minyak mentah yang kukuh dan pelaburan yang kian meningkat dari pelbagai negara, saya berpendapat BN mempunyai kelebihan (advantage and edge) untuk memenangi PRU-14 jika ia diadakan pada pertengahan atau hujung Mac, atau selewat-lewatnya dalam bulan April sebelum Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 8 Jun 2018.

DAP tetap menjadi parti dominan dalam PH kerana memenangi kebanyakan daripada kerusi yang ditandingi.

- ends -     

Pendapat di atas adalah pandangan peribadi penulis tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Penulis pernah bertugas di LPK, Eric White Associates (Hill And Knowlton Group, USA) dan Al-Sadiq Consultants sebelum menjadi Freelancer.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...