Skip to main content

2018 - Tahun PRU-14 Dan Isu Kos Sara Hidup!

Isnin, 1 Januari 2018 - Selamat Tinggal Tahun 2017 dan  Selamat Datang Tahun Baru 2018.

Pelbagai peristiwa susah senang, pahit manis telah kita alami dalam tahun 2017. Namun begitu, ia tidak pernah melunturkan semangat kita, malah telah membuatkan kita semakin matang, teguh dan positif untuk menghadapi Tahun Baru 2018.

Berteraskan pengalaman tersebut, saya yakin, kita akan menghadapi Tahun 2018 dengan lebih bijak, berani dan cekal. Ini bermakna, walau apapun yang mendatang dalam tahun 2018, kita akan harunginya dengan punuh tabah dan yakin tanpa berundur ke belakang.

Malaysia dijangka akan memulakan tahun baru ini dengan lebih bergaya berbanding tahun 2017. Matawang Ringgit didapati kian stabil dan meningkat, ekonomi bertambah baik dengan GDP yang memberangsangkan, rizab luar negara BNM telah mencecah lebih USD101 bilion, kadar pengangguran yang rendah, sementara World Bank dan IMF telah berpuas hati dengan prestasi kewangan dan ekonomi Malaysia.

Dua perkara utama bakal mencuri perhatian rakyat Malaysia dalam tahun 2018. Pertama, PRU-14 yang akan diadakan pada awal atau pertengahan tahun ini dan kedua, Kos Sara Hidup yang dikatakan semakin meningkat.

PRU-14 semakin hampir dan parti-parti politik didapati kian giat menjalankan kempen masing-masing. Apabila tiba masanya, rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk menentukan Kerajaan.  Kos Sara Hidup pula sering menjadi bualan harian rakyat Malaysia. Isu ini perlu ditangani segera!

Ekonomi Malaysia adalah ekonomi yang berteraskan Pasaran Bebas (Free Market). Harga barang (Kos Sara Hidup) ditentukan oleh Permintaan dan Bekalan (Demand and Supply). Jika Permintaan banyak dan Bekalan kurang, harga akan naik. Jika Permintaan kurang dan Bekalan banyak, harga akan turun. Faktor harga turut dipengaruhi oleh barangan Import dari luar negara. Jika barangan Import mahal, harga akan turut mahal.

Walau bagaimanapun, harga barangan boleh dipengaruhi oleh para pengguna. Para pengguna memiliki kuasa membeli dan memilih. Segala-galanya terletak di tangan para pengguna (consumers). Kita perlu manfaatkan Kuasa Pengguna (Consumers Power) yang berada di tangan kita. Wang di tangan kita dan kita harus bijak menguruskan wang dan perbelanjaan. Kita harus menentukan pemilihan, pembelian dan keperluan, bukannya para peniaga dan pemaju. Jika kita bijak memilih dan membeli barangan yang perlu dan murah saja, para peniaga dan pemaju tidak akan dapat mengeksploitasi kita dengan menaikkan harga sesuka hati mereka. Kita perlu membeli barangan yang Diperlukan saja, bukan yang Dimahukan ikut nafsu. We should buy what we Need, not what we Want. Kita perlu mengawal mereka, jangan biarkan mereka mengawal kita. Jika sesuatu barangan itu mahal, jangan beli, boikot saja! Ini akan memaksa mereka menurunkan harga, jika tidak barang mereka tidak akan laku dan terbuang! Para pengguna mesti Bekerjasama dan Bersatu Hati dalam isu kos sara hidup mereka, dan jangan biarkan para peniaga dan pemaju mengeksploitasi anda semua. Sebenarnya, mereka telah mengaut keuntungan besar disebabkan oleh kealpaan kita. Untuk menyembunyikan keuntungan besar, mereka sering menuding dan menyalahkan pihak lain yang menyebabkan harga barang naik!

Kita perlu fikirkan dan utamakan Kos Sara Hidup kita, bukan Gaya Hidup kita! Kita perlu beli barangan yang Perlu saja, bukan ikut Hawa Nafsu!

Tahun Lama Tidak Akan Menjadi Tahun Baru Jika Anda Terus Berfikiran Dan Bersikap Lama. Tahun Baru Perlukan Fikiran Dan Sikap Baru. Jika Tidak, Anda Akan Terus Berada Di Tahun Lama.

Selamat Tahun Baru 2018

- ends -

           


 



   




       




Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...