Skip to main content

Mengapa Dr Mahathir Tidak Dibenarkan Melawat Anwar!

Khamis, 11 Januari 2018 - Mengapa Dr Mahathir tidak dibenarkan melawat Anwar Ibrahim semalam? Jawapannya mudah. Beliau tidak patuhi prosedur dan undang-undang Jabatan Penjara! Beliau tidak mohon kebenaran pihak Penjara terlebih dahulu dan mahu menemui Anwar begitu saja seolah-olah Anwar berada di bilik Hotel. Di Hotel pun, ada kalanya kita perlu mohon kebenaran Receptionist untuk menemui rakan di bilik hotel.

Jabatan Penjara telah menetapkan prosedur dan undang-undang ketat untuk melawat banduan di penjara atau di hospital. Isteri, anak, ibu bapa atau Peguam banduan juga perlu mendapat kebenaran Penjara terlebih dahulu sebelum dibenarkan melawat banduan. Inikan pula orang biasa. Itu pun ada masa dan tarikh ditetapkan!

Dr Mahathir tidak boleh salahkan sesiapa kerana beliau tidak patuhi prosedur dan undang-undang Jabatan Penjara. Selaku bekas PM dan calon PM PH, beliau tentu arif tentang perkara ini dan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Ini tidak, beliau gempur saja hospital atas tiket Saya Dr Mahathir, seorang negarawan (statesman)! Sesiapa saja, walaupun seorang Sultan, perlu mendapat kebenaran Jabatan Penjara atas sebab-sebab keselamatan banduan dan pelawat! 

Tetapi, mengapa baru sekarang Dr Mahathir ingin melawat Anwar Ibrahim? Pelik juga. Mengapa tidak sebelum ini. Anwar telah merengkuk dua kali dalam penjara, dari tahun 1998 - 2004 dan 2015 hingga sekarang, tidak pula Dr Mahathir ingin melawat beliau. Pada satu ketika dulu, di era Dr Mahathir sendiri, Anwar pernah bermata lebam, tidak pula Dr Mahathir ingin melawatnya. Tiba-tiba, baru sekarang beliau beria-ia sangat hendak melawat Anwar yang terlantar di hospital. Mengapa? Why?

Jawapannya, kerana kepentingan politik. Because of his political interest. Tanpa kepentingan politik. beliau tidak akan melawat Anwar Ibrahim. Beliau kini sedang terdesak kerana mendapat tentangan keras daripada PKR Selangor, termasuk para ahli dan penyokong PKR dari lain negeri.

Orang kata, dalam Real Politik atau Politik Machiavelli, tidak ada soal kawan atau lawan, hanya kepentingan politik. In Real Politik or Machiavellian Politics, there is no such thing as friends or foes, only political interest. Kawan atau lawan adalah sementara saja. Mereka datang dan pergi. Yang kekal hanyalah Kepentingan. Itulah pegangan Dr Mahathir. Hanya Kepentingan Politik!

Beliau ingin bertemu Anwar bukan kerana hendak melawat orang sakit, tetapi ingin berbincang perihal politik beliau. Beliau kini sedang tersepit dan akan melakukan apa saja demi survival politiknya.

Tanpa PKR, PH akan tempang dan tumbang. Pribumi dan PAN adalah parti setahun jagung yang tidak berpengaruh dan tidak mempunyai akar umbi yang kuat. Mereka bakal tewas dalam PRU-14. PKR adalah sebuah parti senior dan tulang belakang kepada PR dan PH.

- ends -

Pendapat yang diberikan adalah pandangan peribadi Penulis.

Penulis pernah bertugas di LPK, Eric White Associates (Hll And Knowlton Group, USA) dan Al-Sadiq Consultants sebelum menjadi Freelancer.


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...