Skip to main content

Mesyuarat Majlis Presiden PH Gagal Pilih Calon PM!

Jumaat, 5 Januari 2018 - Mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan semalam telah menemui jalan buntu untuk memilih calon PM dan TPM mereka. Mereka tidak sepakat dan sehaluan!

Difahamkan, DAP, PAN dan Pribumi telah bersetuju untuk memilih Dr Mahathir sebagai calon PM sekiranya PH menang dalam PRU-14. Tetapi, PKR telah membantah keras kerana Dr Mahathir dikatakan tidak menenuhi kehendak perjuangan Reformasi yang diperjuangkan oleh PKR sejak penubuhannya.

Sebelum Mesyuarat tersebut bermula, satu kenyataan Anwar Ibrahim dari Penjara Sungai Buloh telah diterima yang menasihati agar keputusan untuk memilih calon PM mestilah dibuat mengikut kehendak suara rakyat. Ini bererti, ia mestilah dilakukan secara Konsensus (dipersetujui oleh semua parti) serta mendapat persetujuan NGOs dan para aktivis.

Pada minggu lalu, dipercayai dua orang aktivis wanita berpengaruh yang mewakili sebuah NGO telah menemui Dr Mahathir serta memberikan pandangan mereka. Jelas mereka, sekiranya Dr Mahathir dicalonkan sebagai PM, NGO mereka akan memboikot PH dalam PRU-14. Mungkin ini yang menyebabkan Anwar mahukan pandangan NGO dan para aktivis diambil kira.

Sebuah Poster Kabinet Bayangan PH turut ditularkan sebelum Mesyuarat diadakan. Dengan tagline Muda, Dinamik dan Wibawa, dalam Poster tersebut, Azmin Ali telah diangkat sebagai Calon PM. Poster berkenaan jelas menunjukkan Dr Mahathir bukanlah pilihan mereka.

Mesyuarat semalam turut disertai oleh Wan Azizah dan Azmin, tetapi mereka tidak menyertai Sidang Akhbar (Press Conference) yang diadakan oleh Dr Mahathir. Ini menimbulkan satu lagi teka-teki.

PH perlu mendapat green light dan restu PKR untuk memilih calon PM. Tidak seperti PAN dan Pribumi, PKR adalah sebuah parti senior yang telah memainkan peranan penting dalam PH. Suara PKR dan Anwar Ibrahim selaku pemimpin de facto PKR perlu didengari.
      
Dr Mahathir yang diharapkan menjadi satu aset kepada PH, kini telah menjadi satu liabiliti kepada mereka.

- ends -   

Penulis pernah bertugas di LPK, Eric White Associates (Hill And Knowlton Group, USA) dan Al-Sadiq Consultants sebelum menjadi Freelancer.

     

 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...