Skip to main content

Dr Mahathir Calon PM Dan Pribumi Dapat 52 Kerusi!

Ahad, 7 Januari 2018 - Di Mesyuarat terakhir PH malam tadi, sebelum Kovensyen mereka pada hari ini, PH telah memilih Dr Mahathir sebagai calon PM dan Dr Wan Azizah sebagai TPM sekiranya PH menang dalam PRU-14.

Mereka juga telah menyelesaikan pengagihan kerusi parlimen untuk Semenanjung. Pribumi diberikan 52 kerusi, PKR 51 kerusi, DAP 35 kerusi dan Amanah 27 kerusi. Jika disertakan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak, PKR menguasai kerusi paling banyak.

Walau bagaimanapun, segala persoalan dan teka-teki akan terjawab selepas Kovensyen PH selesai pada hari ini.

Difahamkan, Amanah Johor telah memulaukan Konvensyen hari ini kerana tidak berpuas hati dengan agihan kerusi parlimen di Johor. Mereka hanya diberikan dua kerusi untuk bertanding. Sebelum itu, telah berlaku sedikit kekecohan apabila sebilangan penyokong Anwar Ibrahim menjulang kain rentang sebagai tanda menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon PM. Tetapi, mereka telah dihalang oleh penyokong Amanah.

Daripada senario ini, dijangkakan Konvensyen PH pada hari tidak akan berjalan lancar seperti yang diharapkan. Para peserta PKR dan penyokong Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam dan akan menjadi kekangan kepada kelancaran Konvensyen hari ini. Lebih-lebih lagi, apabila mereka mengetahui bahawa Anwar Ibrahim dijangkakan akan dibebaskan dalam bulan Jun ini!

Semuanya akan terjawab sebaik saja Konvensyen berakhir!

Jika PH tidak mampu bersatu hati dalam Konvensyen hari ini, sudah pasti mereka tidak akan mampu menghadapi badai dan gelombang BN yang kian padu dan mantap!

Mengikut kajiselidik Universiti Malaya dan The Merdeka Centre for Opinion Research yang diadakan baru-baru ini, mereka menjangkakan BN akan menang dalam PRU-14 dan mungkin juga akan memperolehi majoriti dua pertiga (two-thirds majority). BN kini kekurangan 13 kerusi untuk memperolehi majoriti dua pertiga.

Semoga Konvensyen PH berjalan lancar!

- ends -

Penulis pernah bertugas di LPK, Eric White Associates (Hill And Knowlton Group, USA) dan Al-Sadiq Consultants sebelum menjadi Freelancer.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...