Khamis, 11 Rajab 1447H, 1 Januari 2026 Selamat Tinggal Tahun 2025 dan Selamat Datang Tahun 2026. Adios and Sayonara 2025, and Welcome 2026. Jika tahun 2025 dikejutkan dengan Ledakan AI, tahun 2026 bakal menyaksikan kemunculan AI Robot pula. AI Robot dijangka akan kelihatan di kebanyakan tempat seperti di kilang-kilang industri, pejabat-pejabat, bangunan-bangunan, gudang-gudang, hospital-hospital, hotel-hotel, pusat-pusat penjagaan orang tua, pasaraya-pasaraya, kedai-kedai, jalan-jalan raya dan pelbagai tempat lagi. AI Robot ini akan kelihatan seperti jentera, mesin, manusia (Humanoid), binatang dan pelbagai bentuk lain. Mereka bakal menggantikan sebahagian tugas harian manusia bagi memudah, melancar serta mempercepatkan urusan pekerjaan, pengilangan dan pengeluaran. Di kilang-kilang, mereka akan membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran. Di bangunan-bangunan, mereka akan beraksi sebagai pencuci dan pengawas bangunan. Di kedai-kedai, mereka akan bertindak sebagai penyambut pel...
Nov 30, 2025 Kali terakhir saya menghadiri Hi-Tea adalah bersama rakan-rakan Ex-LPK. Semalam, saya berpeluang menghadiri Hi-Tea sekali lagi, kali ini bersama ahli-ahli keluarga saya di Wyndham Acmar Hotel, Klang atas tajaan Dr Siti Diyana. Syabas dan Tahniah kepada Dr Siti Diyana di atas perlantikan anda sebagai Dr Pakar dalam bidang Kesihatan Awam (Public Health). Congrats. Di Majlis tersebut, saya dan Raja Akhmar dapat bertemu semua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu, kecuali keluarga Aqis yang tidak dapat hadir kerana ada urusan dan menetap jauh di Melaka. Di Hi-Tea tersebut kami bukan saja dapat menikmati sajian makanan, minuman, kuih-muih dan snek yang enak, tetapi juga dapat bersembang serta bertanya khabar tentang perkembangan dan kemajuan masing-masing. Alhamdulillah, semua mereka dalam keadaan yang baik. Terima Kasih Ana atas tajaan Hi-Tea, dan Tahniah sekali lagi di atas Promotion anda. Tidak lupa juga Tahniah kepada Dhabit Muqriz (cucu pertama) di atas prest...