30 Mei 2025
Khairul Azhar Abdul Samad, 70 tahun, bekas kakitangan LPK dan salah seorang daripada Trio Santan Berlada, meninggal dunia malam tadi.
Dua orang rakannya, Ali Mamak dan Acapan, telah pergi lebih dulu daripada Khairul.
Di zaman kegemilangan mereka, Sitcom Santan Berlada amat popular.
Mohd Nor Tajudin (Ex-LPK), pernah menjadi Pengurus mereka.
In Sya Allah, Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Kampung Raja Uda (KRU), Pelabuhan Klang dan disolatkan selepas Solat Jumaat.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KRU.
Al-Faatihah.
-Tamat -
Comments