Nov 30, 2025
Kali terakhir saya menghadiri Hi-Tea adalah bersama rakan-rakan Ex-LPK. Semalam, saya berpeluang menghadiri Hi-Tea sekali lagi, kali ini bersama ahli-ahli keluarga saya di Wyndham Acmar Hotel, Klang atas tajaan Dr Siti Diyana.
Syabas dan Tahniah kepada Dr Siti Diyana di atas perlantikan anda sebagai Dr Pakar dalam bidang Kesihatan Awam (Public Health). Congrats.
Di Majlis tersebut, saya dan Raja Akhmar dapat bertemu semua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu, kecuali keluarga Aqis yang tidak dapat hadir kerana ada urusan dan menetap jauh di Melaka.
Di Hi-Tea tersebut kami bukan saja dapat menikmati sajian makanan, minuman, kuih-muih dan snek yang enak, tetapi juga dapat bersembang serta bertanya khabar tentang perkembangan dan kemajuan masing-masing.
Alhamdulillah, semua mereka dalam keadaan yang baik.
Terima Kasih Ana atas tajaan Hi-Tea, dan Tahniah sekali lagi di atas Promotion anda.
Tidak lupa juga Tahniah kepada Dhabit Muqriz (cucu pertama) di atas prestasi beliau dalam peperiksaan Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan. Atah harap Dhabit dapat masuk Asrama pada tahun 2026 nanti. In Sya Allah.
- ends -
Comments