Skip to main content

Tabik Hormat Kepada Datuk Nalla

Saya sanjungi pendapat Datuk Nalla, seorang Senator, yang berasa gusar dengan perbalahan antara Tun Dr Mahathir dan DS Najib yang disiarkan secara meluas di Media Cetak dan Media Sosial.
Menurut beliau perbalahan ini harus dihentikan segera, jika tidak ia akan hanya merugikan orang Melayu sendiri.    

Bagi saya, Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, yang kaya dengan pengalaman pentadbiran dan bijak dalam sepak terajang politik, berhak dan bebas memberikan pendapat beliau. Tetapi, biarlah bertempat. Saya lebih setuju sekiranya beliau memberikan pendapat dan meluahkan isi hatinya secara Tertutup (Closed-Door) dengan para pemimpin UMNO dan BN. Di dalam sesi 'Closed-Door' tersebut beliau boleh menghentam mereka 'left, right and centre' tanpa pengetahuan pihak luar yang memang suka agar UMNO dan BN bergolak, berpecah dan mudah ditewaskan di PR akan datang.

Ramai orang sekarang suka mengeluarkan pendapat tentang isu-isu yang telah pun diputuskan oleh Mahkamah, termasuk 1MDB tanpa memberikan 'facts, figures, data and hard evidence'. Biarlah pihak-pihak tertentu seperti Auditor General dan PAC menyiasat dulu. Selepas itu barulah kita boleh memberikan pendapat. Kita tidak boleh menghukum seseorang tanpa mengeluarkan bukti nyata. Ada juga yang menghukum tanpa melihat 'balance sheet' Syarikat tersebut. Kita mesti berlaku adil dan berlapang dada dalam perkara ini. A person is presume Innocent until Proven Guilty. But, not the opposite. Just because the person can't prove that he is Innocent, he is presume Guilty.
  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...