Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

DAP Bijak Berpolitik!

DAP semakin pintar berpolitik. Kali ini mereka telah menyatakan kesediaan mereka untuk mempertahankan Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah daripada saman DS Najib. Tun Dr Ling Liong Sik adalah bekas Presiden MCA dan bukannya bekas pemimpin DAP. Tetapi, mengapa DAP mahu berbuat demikian? DAP tahu bahawa MCA tidak akan mempertahankan Tun Dr Ling daripada saman DS Najib kerana DS Najib adalah Perdana Menteri dan Presiden BN. Mempertahanakan Tun Dr Ling bererti menentang DS Najib. Jadi, MCA mahu pun Gerakan tidak akan mempertahankan Tun Dr Ling. Di sinilah masuknya Jarum Panjang DAP. Dengan mempertahankan Tun Dr Ling, DAP seolah-olah telah mencanangkan kepada seluruh masyarakat Cina bahawa mereka adalah sebenarnya Pejuang Bangsa Cina dan sanggup mempertahankan seorang Cina, walaupun beliau adalah Bekas Presiden MCA dan bekas Menteri Kabinet BN. Bukan itu saja, DAP akan sekaligus dapat menarik lebih ramai ahli dan penyokong MCA dan Gerakan ke pangkuan mereka. Ini bererti, undi Cina kepada ...

PAS Bekerjasama Dengan UMNO

Presiden PAS, DS Hadi Awang berkata PAS bersedia bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Islam dan rakyat Malaysia. Beliau telah menyatakan perkara tersebut baru-baru ini. Beliau juga berkata PAS tidak akan menyertai PH yang tidak mempunyai harapan untuk tiba ke destinasi yang dituju. Saya amat mengalu-alukan kenyataan tersebut, malah telah menunggu kenyataan seperti itu sejak dulu lagi. Sekarang, tiba giliran UMNO pula untuk menyahutnya. Saya berpendapat UMNO dan PAS perlu bekerjasama mulai sekarang demi kesejahteraan Agama Islam, orang Melayu Islam, Pentadbiran Melayu Islam, Rakyat dan Keamanan Negara Malaysia. Saya telah menekankan perkara ini sejak dulu lagi menerusi beberapa posting blog saya yang lalu. Anda semua boleh rujuk posting lama saya! PAS dan UMNO perlu duduk semeja sekarang untuk membincangkan strategi dan formula menang-menang (win-win formula) untuk memenangi PRU14 pada tahun 2018. Mereka perlu berganding tenaga untuk menewaskan PKR dan PAN. DAP amat sukar ditew...

Bajet 2016

Saya berpendapat Bajet 2016 yang dibentangkan oleh DS Najib pada petang Jumaat, 23.10.15 adalah seimbang, baik, realistik dan mesra rakyat. Ia memberi pelbagai faedah kepada kebanyakan rakyat walaupun ia tidak dapat memuaskan hati semua pihak ekoran keadaan ekonomi global semasa yang tidak menentu. Bajet tersebut telah memberi prioriti kepada pendidikan, perubatan, kesihatan, infrastruktur luar dan dalam bandar, terutama sekali di Sabah dan Sarawak, rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, usahawan kecil dan sederhana, keselamatan, pertahanan, pelepasan cukai dan GST, pertambahan Brim, peningkatan gaji minimum awam dan swasta, dll. Saya melihat Bajet 2016 ini sebagai perintis kepada dua Bajet lagi sebelum DS Najib dan BN berdepan dengan PRU14 yang bakal diadakan dalam tahun 2018. Bajet ini dijangka akan mengorak langkah permulaan untuk memperbaiki semula ekonomi Malaysia sekarang di samping memulihkan kembali imej DS Najib dan BN yang telah tercemar. DS Najib dan BN perlu membe...

Catatan Bandung, Indonesia

Keunikan dan keistimewaan Kota Bandung telah membuatkan saya rasa terpanggil untuk merakamkan Catatan Bandung ini. Saya rasa amat tidak adil tanpa merakamkannya. Bandung berbeda daripada Kota Jakarta, Jogja mahu pun Medan dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Saya serta keluarga berlepas dari KLIA2 pada jam 12.30 tengah hari, 15.10.15, dengan pesawat Malindo Air. Penerbangan kami mengambil masa dua jam dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Husein Sasteranegara, Bandung pada jam 2.30 ptg, waktu Malaysia. Cuaca ketika itu amat baik, cerah, udara bersih, panas dan tidak berjerebu seperti di KLIA2.   Sebaik saja kami melangkah keluar dari Lapangan Terbang, kami telah disambut oleh pemandu Kenderaan kami, Rian yang telah ditempah daripada seorang Agen Pelancongan Indonesia. Kami terus dibawa ke Homestay yang terletak tidak jauh dari kawasan membeli-belah, Cihampelas. Selepas bersolat dan berehat seketika di Homestay, kami dibawa untuk menjamu selera dan seterusnya memulakan pelanc...

Selamat Tahun Baru 1437 Hijriah

Selamat Menyambut Maal Hijrah Sempena Penghijrahan Rasulullah SAW Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah Selepas 13 Tahun Akidah Dipasak Di Mekah Barulah Iman Dimantapkan Di Madinah Perjuangan Dan Pengorbanan Nabi Amatlah Susah Pelbagai Onak Dan Duri Ditempuhi Dengan Tabah Akhirnya Agama Islam Berjaya Ditegakkan Dengan Gagah Kini, Islam Berkembang Segar Sebagai Agama Allah Yang Berpaksikan Iman, Taqwa Dan Akidah Selamat Menyambut Maal Hijrah 1437   Semoga Tahun Baru 1437 Hijriah Ini Dimulai Dengan Penghijrahan Kepada Iman, Taqwa Dan Akidah Yang Lebih Mantap Dan Padu Maaf Zahir Batin Daripada Kami Sekeluarga - Ibrahim Mohd Idrus  

Older And Wiser

Alhamdulillah, Syukur And Thanks To Allah For Another Light Of The Day With Allah's Blessings, I Am A Year Older Today And Get Mellowed By The Day Age Is Not Important Because It's Is Just A Figure Good Health Is Important Because Health Is Wealth It's Not How Old You Are It's How Healthy You Are That Counts A Quantity Life Span Is Not A Priority A Quality Life Span Is A Life Rich In Productivity As We Get Older, We Get Wiser As We Get Older, We Get Weaker As We Get Older, The Destination Gets Closer Life Well-Lived And Well-Spent That Matters To Achieve Success, Here And Hereafter - Ibrahim Mohd Idrus     

Melayu Islam Mesti Bersatu

Tajuk di atas telah saya rakamkan dalam posting saya bertarikh 5 Ogos 15. Dalam entri berkenaan saya telah menekankan tentang betapa pentingnya perpaduan dan kesepaduan di kalangan orang Melayu Islam demi menjamin keselamatan, keamanan, kestabilan, kemakmuran, kemajuan dan masa depan negara Malaysia. Dalam lain perkataan, jika orang Melayu Islam berpecah, Malaysia akan mudah dirasuk dan diganggu-gugat oleh anasir-anasir dalam dan luar negara. Sebaliknya, jika orang Melayu Islam kental bersatu padu, agenda anasir-anasir ini akan gagal. Sebenarnya, saranan saya ini turut dikongsi oleh Dr Lim Swee Tin, penulis, Sasterawan Negara dan penerima SEA Write Award. Tanpa saya sedari, rupa-rupanya beliau pernah menghasilkan sebuah Sajak berjudul 'Bersatulah Melayu' dalam tahun 2008. Pada mulanya, beliau agak gentar untuk menerbitkan Sajak tersebut kerana takut disalah anggap oleh orang-orang Melayu dan bukan Melayu. Akhirnya, Sajak berkenaan telah diterbitkan dalam Buletin Gapena Bu...

PKR Kalah Teruk - Tian Chua

Apa yang saya perkatakan dalam posting saya pada 2 Okt lalu, "Mengapa PKR Perlukan PAS", telah diakui benar oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR. Dalam satu laporan akhbar Cina, Guan Ming Daily bertarikh 5 Okt, beliau berkata PKR akan kalah teruk dalam PRU14 jika tidak bekerjasama dengan PAS. Pada PRU13 lalu, PKR bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu dan telah mendapat sokongan kuat para penyokong PAS kerana bekerjasama dalam team PR. Tian Chua juga berkata PKR tidak perlu bertanding dalam PRU14 jika tidak bekerjasama dengan PAS kerana PKR akan kalah teruk. Jelaslah bahawa faktor utama yang menentukan kemenangan PKR dalam PRU13 ialah undian kaum Melayu. Tanpa kerjasama PAS, para penyokong PAS akan beralih ke PAS ataupun UMNO. Sebenarnya, PKR yang berteraskan dasar liberal, berbilang bangsa dan agama, tidak popular di Selangor seperti yang dicanangkan. Ia hanya gah kerana pidato Anwar Ibrahim dan bergantung kepada populariti DAP dan PAS. Difahamkan, PKR sekarang s...

Jerebu (Haze) Kian Kritikal

Jerebu yang melanda Malaysia semakin kritikal dan amat merbahaya. Durasinya juga semakin panjang. Pada pagi semalam (4.10.15), boleh dikatakan seluruh Lembah Klang mencatat IPU (API) paling buruk sehingga menjangkau lebih 200 Indeks. Segala-galanya berpunca daripada pembakaran dan kebakaran hutan di Indonesia tanpa terkawal. Perkara ini telah berlaku sejak belasan tahun lalu dan berulang pada setiap tahun tanpa henti. Dari zaman sebelum Presiden Bambang hinggalah kepada pemerintahan Presiden Jokowi sekarang, masalah ini tetap berlaku. Seolah-olah ia telah menjadi satu musim yang tidak boleh dibendung lagi. Masanya telah tiba untuk Malaysia dan Singapura mengambil tindakan tegas terhadap Indonesia. Walaupun Indonesia adalah rakan karib kita, tetapi masalah kesihatan dan keselamatan rakyat tidak boleh dikompromi atau diambil enteng. Kita perlu bertindak tegas, pantas dan kalau boleh mengambil tindakan undang-undang antarabangsa. Ini terpaksa dilakukan demi kebaikan semua pihak. Cuba ...

Mengapa PKR Perlukan PAS?

Penubuhan Pakatan Harapan (PH) telah pun diumumkan dengan gabungan DAP, PKR dan PAN tanpa penyertaan PAS. Walau bagaimanpun, Azmin Ali menyatakan bahawa PKR masih bergabung dengan PAS untuk mentadbir Negeri Selangor. Bagi DAP, PAS tidak diperlukan lagi. PAS juga tidak perlukan PH dengan kehadiran DAP dan PAN, parti serpihan PAS. Soalannya, mengapakah PKR masih perlukan PAS dalam pentadbiran Negeri Selangor, pada hal PH sudah mempunyai cukup kerusi sekarang untuk melantik Exco baru tanpa wakil PAS? Jawapannya, mungkin disebabkan oleh: 1. PKR telah terhutang budi kepada PAS yang terus memberikan sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim apabila beliau diminta meletakkan jawatan oleh PKR dan DAP. Dengan sokongan para Exco PAS, Tan Sri Khalid dapat terus meneraju Negeri Selangor di bawah Kerajaan PR. 2. Apabila Tan Sri Khalid dipecat daripada PKR, PAS telah mencalonkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar, bukannya Wan Azizah yang disokong oleh DAP. Oleh itu, Azmin Ali telah terhutang budi...