Skip to main content

Melayu Islam Mesti Bersatu

Tajuk di atas telah saya rakamkan dalam posting saya bertarikh 5 Ogos 15. Dalam entri berkenaan saya telah menekankan tentang betapa pentingnya perpaduan dan kesepaduan di kalangan orang Melayu Islam demi menjamin keselamatan, keamanan, kestabilan, kemakmuran, kemajuan dan masa depan negara Malaysia.

Dalam lain perkataan, jika orang Melayu Islam berpecah, Malaysia akan mudah dirasuk dan diganggu-gugat oleh anasir-anasir dalam dan luar negara. Sebaliknya, jika orang Melayu Islam kental bersatu padu, agenda anasir-anasir ini akan gagal.

Sebenarnya, saranan saya ini turut dikongsi oleh Dr Lim Swee Tin, penulis, Sasterawan Negara dan penerima SEA Write Award.

Tanpa saya sedari, rupa-rupanya beliau pernah menghasilkan sebuah Sajak berjudul 'Bersatulah Melayu' dalam tahun 2008. Pada mulanya, beliau agak gentar untuk menerbitkan Sajak tersebut kerana takut disalah anggap oleh orang-orang Melayu dan bukan Melayu. Akhirnya, Sajak berkenaan telah diterbitkan dalam Buletin Gapena Bulan Disember 2008 selepas mendapat persetujuan Allahyarham Tan Sri Pendeta Dr Ismail Hussein, Ketua 1 Gapena.

Dalam Sajak berkenaan beliau telah menyentuh tentang:

1. Retak membawa pecah. Jika orang Melayu retak, rakyat Malaysia akan berpecah
2. Orang Melayu sebagai Cermin. Wajah orang Melayu adalah wajah rakyat Malaysia
3. Orang Melayu sebagai Lampu. Menyuluh dan menerangi jalan di hadapan
4. Orang Melayu sebagai Payung. Tempat berlindung dan berteduh seluruh rakyat Malaysia
5. Orang Melayu sebagai Pohon. Akarnya mencengkam bumi untuk mengukuhkan sebatang pohon
6. Orang Melayu menentukan jalan damai

Sajak "Bersatulah Melayu" hasil nukilan Dr Lim Swee Tin itu boleh diikuti di Utusan Online hari ini, sementara posting lama saya boleh dilayari di bahagian bulan Ogos 2015.    

Walaupun Dr Lim Swee Tin bukan seorang Melayu Islam, tetapi beliau sedar bahawa keselamatan, keamanan, kestabilan, kemajuan dan masa depan Malaysia sebenarnya terletak di tangan orang Melayu. Jika orang Melayu tidak bersatu padu dan berpecah, rakyat Malaysia akan pecah dan menderita.

Takutnya beliau tentang perpecahan ini sehinggakan beliau sanggup memilih sebuah tajuk besar dengan merayu "Bersatulah Melayu".

Amat malang sekali, jika kita sebagai orang Melayu Islam sendiri masih buta dan tidak sedar akan peri pentingnya perpaduan di kalangan orang Melayu demi masa depan Malaysia.    



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.    


                

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...