Skip to main content

Jerebu (Haze) Kian Kritikal

Jerebu yang melanda Malaysia semakin kritikal dan amat merbahaya. Durasinya juga semakin panjang. Pada pagi semalam (4.10.15), boleh dikatakan seluruh Lembah Klang mencatat IPU (API) paling buruk sehingga menjangkau lebih 200 Indeks. Segala-galanya berpunca daripada pembakaran dan kebakaran hutan di Indonesia tanpa terkawal.

Perkara ini telah berlaku sejak belasan tahun lalu dan berulang pada setiap tahun tanpa henti. Dari zaman sebelum Presiden Bambang hinggalah kepada pemerintahan Presiden Jokowi sekarang, masalah ini tetap berlaku. Seolah-olah ia telah menjadi satu musim yang tidak boleh dibendung lagi.

Masanya telah tiba untuk Malaysia dan Singapura mengambil tindakan tegas terhadap Indonesia. Walaupun Indonesia adalah rakan karib kita, tetapi masalah kesihatan dan keselamatan rakyat tidak boleh dikompromi atau diambil enteng. Kita perlu bertindak tegas, pantas dan kalau boleh mengambil tindakan undang-undang antarabangsa. Ini terpaksa dilakukan demi kebaikan semua pihak. Cuba bayangkan, sekiranya Jerebu ini dikatakan berkimia, bertoksik dan beracun, saya kira berjuta nyawa di Indonesia, Malaysia dan Singapura telahpun terkorban!  

Malaysia sebagai Pengerusi Asean mesti bertindak tegas dan berani dengan membawa perkara ini secepat mungkin ke pangkuan Persidangan Asean dan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sementara itu, anggota-anggota Asean mesti sepakat mengejarkan pasukan pemadam api mereka ke Indonesia sekarang untuk membantu pasukan Indonesia memadamkan kebakaran tersebut. Kita tidak boleh berlengah dan menunggu sehingga musim hujan kerana fenomena El-Nino sekarang mungkin berlarutan.

Negara-negara Asean yang dipengerusikan oleh Malaysia mesti bertindak segera sekarang sebelum perkara ini menjadi lebih buruk sehingga tidak terkawal. Jerebu kali ini lebih teruk dan paling lama berbanding tahun-tahun lalu. Ia menjejaskan segala-galanya, aktiviti di darat, udara dan laut. Sekolah-sekolah, kolej dan universiti terpaksa ditutup, jadual penerbangan terpaksa ditunda, laluan laut semakin merbahaya, lalulintas di darat terpaksa bergerak perlahan dan berhati-hati kerana jarak penglihatan terlalu rendah, pelbagai kegiatan sosial terpaksa dibatalkan, aktiviti ekonomi terjejas, kesihatan rakyat terganggu dan ramai rakyat jatuh sakit, terutama sekali mereka yang menghidap asma, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kos perubatan telah meningkat dan pertumbuhan ekonomi merosot.

We must act fast and now before it's too late. This Hazardous and Chocking Haze is not a laughing matter. Its Particulate Matters can kill! Yes, Indonesia is our good neighbour but action must be taken against them for leniency and endangering the lives and health of their good neighbours. If possible, legal international action must be slapped on them. This will wake them up from a long slumber and be answerable to their own doing and weakness!


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influences, without malice or ulterior motives.    

                    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...