Skip to main content

PKR Kalah Teruk - Tian Chua

Apa yang saya perkatakan dalam posting saya pada 2 Okt lalu, "Mengapa PKR Perlukan PAS", telah diakui benar oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR. Dalam satu laporan akhbar Cina, Guan Ming Daily bertarikh 5 Okt, beliau berkata PKR akan kalah teruk dalam PRU14 jika tidak bekerjasama dengan PAS.

Pada PRU13 lalu, PKR bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu dan telah mendapat sokongan kuat para penyokong PAS kerana bekerjasama dalam team PR. Tian Chua juga berkata PKR tidak perlu bertanding dalam PRU14 jika tidak bekerjasama dengan PAS kerana PKR akan kalah teruk.

Jelaslah bahawa faktor utama yang menentukan kemenangan PKR dalam PRU13 ialah undian kaum Melayu. Tanpa kerjasama PAS, para penyokong PAS akan beralih ke PAS ataupun UMNO.

Sebenarnya, PKR yang berteraskan dasar liberal, berbilang bangsa dan agama, tidak popular di Selangor seperti yang dicanangkan. Ia hanya gah kerana pidato Anwar Ibrahim dan bergantung kepada populariti DAP dan PAS.

Difahamkan, PKR sekarang sedang di ambang perpecahan. Para penyokong Dr Wan Azizah mahukan regu baru bersama DAP dan PAN yang mereka umumkan pada 22 September. Orang-orang Azmin Ali pula mahu terus bekerjasama dengan PAS kerana mereka sedar tanpa sokongan PAS, mereka akan kecundang dalam PRU14.

Tian Chua adalah salah seorang daripada 25 ahli MPP  yang membuat petisyen untuk mengadakan mesyuarat tergempar PKR pada 11 Okt ini.

Seperti biasa, saya syorkan kepada para pemimpin atasan PAS agar tinggalkan saja PKR dan mulakan kerjasama dengan UMNO dan BN untuk menghadapi PRU14 akan datang. Dengan kerjasama tersebut, saya yakin gandingan PAS, UMNO dan BN akan menang besar menewaskan PKR dan PAN, sementara DAP akan terkapai-kapai bersendirian tanpa mencapai cita-cita besar mereka untuk memerintah Malaysia.                            

Masanya telah tiba untuk PAS dan UMNO bekerjasama. Lupakan kisah silam, buangkan keegoan masing-masing, ketepikan kepentingan diri dan buka buku baru demi perpaduan orang Melayu Islam. Apabila orang Melayu Islam bersatu, bangsa-bangsa lain akan ikut setia daripada belakang. Percayalah! Yang menentukan keamanan dan keselamatan negara Malaysia ialah Kerjasama dan Perpaduan orang-orang Melayu Islam dan Bumiputera. Apabila orang-orang Melayu Islam bersatu, Malaysia akan aman dan stabil tanpa boleh diganggu-gugat oleh kaum lain. Mereka berani bersuara sekarang kerana orang-orang Melayu Islam telah berpecah!      

Now is the right time for PAS to break ties with PKR and cooperate with UMNO. Sit down and sort out your problems together for the sake of Malay Muslims unity and the future of  Malaysia. I believe, Malay Muslims unity is the answer to Malaysia's future political and economic stability.  


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.
    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...