Skip to main content

DAP Bijak Berpolitik!

DAP semakin pintar berpolitik. Kali ini mereka telah menyatakan kesediaan mereka untuk mempertahankan Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah daripada saman DS Najib. Tun Dr Ling Liong Sik adalah bekas Presiden MCA dan bukannya bekas pemimpin DAP. Tetapi, mengapa DAP mahu berbuat demikian?

DAP tahu bahawa MCA tidak akan mempertahankan Tun Dr Ling daripada saman DS Najib kerana DS Najib adalah Perdana Menteri dan Presiden BN. Mempertahanakan Tun Dr Ling bererti menentang DS Najib. Jadi, MCA mahu pun Gerakan tidak akan mempertahankan Tun Dr Ling. Di sinilah masuknya Jarum Panjang DAP.

Dengan mempertahankan Tun Dr Ling, DAP seolah-olah telah mencanangkan kepada seluruh masyarakat Cina bahawa mereka adalah sebenarnya Pejuang Bangsa Cina dan sanggup mempertahankan seorang Cina, walaupun beliau adalah Bekas Presiden MCA dan bekas Menteri Kabinet BN. Bukan itu saja, DAP akan sekaligus dapat menarik lebih ramai ahli dan penyokong MCA dan Gerakan ke pangkuan mereka. Ini bererti, undi Cina kepada DAP pada PRU14 akan bertambah berbanding PRU13. Bijak tidak DAP berpolitik? Mereka pandang dekat dan jauh ke hadapan!

Tun Dr Ling Liong Sik akan diwakili Peguam Ranjit Singh yang terkenal mewakili ramai pembangkang, sementara DS Najib diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Pada PRU13, DAP telah meraih undi Cina sebanyak 1.48 juta. Dengan pendekatan ini, DAP dijangka akan meraih lebih banyak undi Cina. Telah tiba masanya untuk MCA dan Gerakan berpolitik secara bijak dan bekerja lebih keras untuk mengatasi DAP!            



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa mahupun mana-mana pihak.

* The opinion given is entirely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...