Skip to main content

Mengapa PKR Perlukan PAS?

Penubuhan Pakatan Harapan (PH) telah pun diumumkan dengan gabungan DAP, PKR dan PAN tanpa penyertaan PAS. Walau bagaimanpun, Azmin Ali menyatakan bahawa PKR masih bergabung dengan PAS untuk mentadbir Negeri Selangor. Bagi DAP, PAS tidak diperlukan lagi. PAS juga tidak perlukan PH dengan kehadiran DAP dan PAN, parti serpihan PAS.

Soalannya, mengapakah PKR masih perlukan PAS dalam pentadbiran Negeri Selangor, pada hal PH sudah mempunyai cukup kerusi sekarang untuk melantik Exco baru tanpa wakil PAS?

Jawapannya, mungkin disebabkan oleh:

1. PKR telah terhutang budi kepada PAS yang terus memberikan sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim apabila beliau diminta meletakkan jawatan oleh PKR dan DAP. Dengan sokongan para Exco PAS, Tan Sri Khalid dapat terus meneraju Negeri Selangor di bawah Kerajaan PR.

2. Apabila Tan Sri Khalid dipecat daripada PKR, PAS telah mencalonkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar, bukannya Wan Azizah yang disokong oleh DAP. Oleh itu, Azmin Ali telah terhutang budi kepada PAS.

3. Kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh PKR di Selangor dalam PRU-13 adalah disebabkan oleh undian para penyokong PAS. Tanpa undian tersebut, PKR pasti tewas di tangan BN. Untuk memastikan agar PKR terus hidup, menang dan memerintah Selangor selepas PRU-14, maka sokongan PAS amat diperlukan. Itu sebabnya Azmin Ali masih perlukan PAS di Selangor walaupun tidak disenangi oleh DAP. Tanpa undian para penyokong PAS, PKR akan kecundang pada PRU-14. Sebenarnya, PKR tidak popular di Selangor dan hanya menumpang populariti PAS dan DAP.

PKR adalah sebuah parti liberal yang berbilang bangsa dan agama. Ia diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan keluarganya untuk menegakkan perjuangan Anwar. Tanpa Anwar PKR boleh lumpuh, lebih-lebih lagi Wan Azizah dan Azmin Ali sentiasa tidak sebulu.

Pandangan saya di atas adalah kiraan dan telahan saya saja. Mungkin betul atau mungkin juga salah.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan PH yang didominasi oleh DAP tewas dalam PRU-14, saya syorkan agar PAS tinggalkan PKR dan terus bekerjasama dengan UMNO dan BN. Dengan kerjasama dan perpaduan tersebut, saya yakin PH yang diterajui oleh DAP akan kecundang.

Difahamkan para Ulama PAS tidak mahu meneruskan kerjasama dengan PKR Selangor ekoran gabungan mereka dengan DAP dan PAN yang tidak direstui oleh PAS. PAS tetap tegas dengan dasar dan perjuangan mereka yang mahu melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Hasrat ini hanya dapat ditunaikan dengan sokongan UMNO.

Di Pulau Pinang, Kerajaan Lim Guan Eng telah pun menggantikan wakil-wakil PAS dengan wakil-wakil PAN kerana DAP telah memutuskan hubungan mereka dengan PAS.  

Untuk PRU-14, PAS dan UMNO sebagai satu team perlu berbahagi kerusi secara bijak dan rela membuat sedikit pengorbanan. Semua ini perlu dilakukan demi menumpaskan DAP dan kuncu-kuncunya dan untuk masa depan orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia yang lebih selamat dan terjamin.

Saya percaya, ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan saya di atas dan tidak yakin bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO boleh terjadi. Mereka berkata, mana mungkin ini boleh berlaku kerana PAS dan UMNO adalah musuh ketat dan musuh selama-lamanya.

Saya ingin mengatakan di sini bahawa "We must have the political will to make that happen. In Politics, Everything Is Possible. Possibility is the name of the political game. Today's friends will be tomorrow's enemies and today's enemies will be tomorrow's friends. All these happen in the name of politics. To realise your goals, you have to compromise and make certain sacrifices. That's politics".



* Pandangan di atas adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion above is purely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.




                                 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...