Skip to main content

PAS Bekerjasama Dengan UMNO


Presiden PAS, DS Hadi Awang berkata PAS bersedia bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Islam dan rakyat Malaysia. Beliau telah menyatakan perkara tersebut baru-baru ini. Beliau juga berkata PAS tidak akan menyertai PH yang tidak mempunyai harapan untuk tiba ke destinasi yang dituju.

Saya amat mengalu-alukan kenyataan tersebut, malah telah menunggu kenyataan seperti itu sejak dulu lagi. Sekarang, tiba giliran UMNO pula untuk menyahutnya. Saya berpendapat UMNO dan PAS perlu bekerjasama mulai sekarang demi kesejahteraan Agama Islam, orang Melayu Islam, Pentadbiran Melayu Islam, Rakyat dan Keamanan Negara Malaysia. Saya telah menekankan perkara ini sejak dulu lagi menerusi beberapa posting blog saya yang lalu. Anda semua boleh rujuk posting lama saya!

PAS dan UMNO perlu duduk semeja sekarang untuk membincangkan strategi dan formula menang-menang (win-win formula) untuk memenangi PRU14 pada tahun 2018. Mereka perlu berganding tenaga untuk menewaskan PKR dan PAN. DAP amat sukar ditewaskan kerana 85% - 90% Cina akan tetap mengundi mereka. Pada PRU13 yang lalu, seramai 1.48 juta orang Cina telah mengundi DAP dan angka ini tidak akan banyak berubah pada PRU14. Saya yakin gandingan mantap PAS-UMNO boleh menumpaskan PKR dan PAN dengan mudah dan seterusnya menggagalkan harapan DAP untuk berkuasa.

Pada PRU13, BN telah memperolehi 3.26 juta undian orang Melayu dan angka ini akan bertambah sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama. Musuh sebenar PAS dan UMNO ialah DAP dan untuk menewaskan DAP ialah dengan mengalahkan PKR dan PAN. Tian Chua sendiri telah mengaku baru-baru ini bahawa PKR amat bergantung kepada para penyokong PAS untuk menang pilihanraya. Tanpa sokongan PAS, lebih baik PKR tidak sertai PRU14, kata beliau.

PRU14 hanya tinggal 3 tahun lagi. Dari aspek politik, ia sudah amat hampir. PAS dan UMNO tidak boleh berlengah lagi. Sudah tiba masanya untuk mereka sering bertemu, berbual dan berunding. Bekas naib presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah pun dilantik sebagai CEO GMM, menggantikan Dato' Saifudin Abdullah yang telah menyertai PKR. Ini adalah satu perkembangan yang baik memandangkan Ustaz Nasharudin adalah seorang yang berpendirian sederhana dan terbuka yang sering memperjuangkan kerjasama di antara orang Melayu Isam. Saya harap pelantikan ini akan merintisi jalan ke arah kerjasama antara PAS dan UMNO kerana Ustaz Nasharudin masih berpengaruh, dihormati dan didengari.        

Bilangan pengundi Melayu dijangka meningkat pada PRU14 ekoran kadar kelahiran orang Melayu yang tinggi sejak awal 1980-an. Kadar kelahiran orang Cina agak merosot. Ini akan memberi kelebihan kepada parti-parti Melayu, lebih-lebih lagi jika mereka bekerjasama dan tidak berpecah. Pecahan undi Melayu mungkin akan memberi kelebihan kepada parti lawan!

Saya harap ramai dewasa Melayu telah pun mendaftar dengan SPR untuk mengundi pada PRU14. Kadar kelahiran tinggi pun tidak berguna, sekiranya masih ramai yang tidak mahu mendaftar. Tanpa mendaftar mereka tidak boleh mengundi untuk menentukan Kerajaan pilihan mereka. Mereka ini boleh dianggap sebagai tidak bertanggungjawab terhadap masa depan agama, bangsa dan negara sendiri. Daftarlah sekarang jika anda masih belum mendaftar. Jangan tunggu sehingga ke saat-saat akhir. Saat akhir mungkin tidak kesampaian dan membawa kepada penyesalan.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is entirely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.                          











Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...