Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Ramadhan Menjelma Seminggu Lagi, Salah Silap Mohon Dimaafi

Ahad, 22 Syaaban 1437 H, 29 Mei 2016 Ramadhan Menjelma Seminggu Lagi Penghulu Segala Bulan Yang Diberkati Dan Dirahmati Bulan Dosa-Dosa Diampuni Dan Pahala Dilimpahi Bulan Bagi Mensuci Zahir Dan Batin Seikhlas Hati Agar Mendapat Keredhaan Illahi Siang Berpuasa Menahan Diri Malam Beribadah Menjernihi Rohani Semoga Diredai Duniawi Dan Ukhrawi Bahagia Di Akhirat Yang Kekal Abadi Sempena Ramadhan Al-Mubarak Akan Datang Ini Saya Sekeluarga Menyusun Sepuluh Jari Memohon Agar Segala Salah Silap Kami Dapat Dimaafi Daripada Ibrahim Mohd Idrus Sekeluarga

Peguam Wanita Lawan Doktor Wanita Di Kuala Kangsar. Anak Pelabuhan Klang Lawan Anak Sungai Besar Di Sungai Besar

Sabtu, 28 Mei 2016 - BN dan PAS telah pun menamakan calon masing-masing bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, sementara PAN dijangka akan menamakan calon-calon mereka pada hari Rabu. BN telah memilih Datin Mastura Mohd Yazid, balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak. Beliau, seorang peguam berusia 55 tahun, amat terkenal di kawasan Kuala Kangsar kerana sering turun padang bersama Allahyarham suaminya. Datin Mastura memperolehi Ijazah Undang-Undang dari University of Kent, UK dalam tahun 1984 dan Diploma Undang-Undang Syariah dari IIUM dalam tahun 1989. Dr Najihatussalehah Ahmad, 47 tahun, seorang doktor perubatan, telah menjadi pilihan PAS. Beliau memperolehi Ijazah Perubatan dari UM.         Sementara itu, ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi, 44 tahun, anak kelahiran Sungai Besar telah menjadi pilihan BN. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia dan pe...

DS Dr Khir Toyo Dibebaskan Esok

Khamis, 26 Mei 2016 - DS Dr Khir Toyo, mantan Menteri Besar Selangor, akan dibebaskan esok (27 Mei) selepas menjalani parol selama 2 bulan. Tarikh sebenar pembebasan beliau ialah pada 29 Mei, tetapi oleh kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad maka beliau akan dibebaskan esok, hari Jumaat. Beliau dijangka akan menandatangani dokumen pembebasan pada jam 10 pagi esok di pejabat parol Daerah Klang. Semasa parol beliau telah menjalani program rehabilitasi dengan baik. Sementara itu, SPRM telah menyerahkan IP (Surat Sisatan) kepada pejabat AG (Peguam Negara) mengenai siasatan ke atas Lim Guan Eng. Lim dituduh membeli sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn dengan harga di bawah harga pasaran yang dikatakan ada kaitan dengan tanah Taman Manggis. Ramai berpendapat kes Lim Guan Eng ini boleh dikatakan sama dengan kes yang melibatkan DS Dr Khir Toyo. Peguam Negara (AG) akan menentukan sama ada Lim Guan Eng didapati terlibat atau tidak dengan kes tersebut. Jika didapati terlibat dengan ...

So Near, Yet So Far!

Sabtu, 21 Mei 2016 - Begitulah yang dapat saya gambarkan tentang perlawanan Badminton Piala Thomas malam tadi antara Malaysia dan Denmark. Malaysia telah bermula dengan garang dan penuh bergaya dengan mendahului Denmark 2 - 0. Ini bermakna kita hanya memerlukan satu mata lagi untuk melangkah ke Perlawanan Akhir Piala Thomas menentang Indonesia. Perseorangan kedua turut bermula dengan baik dengan meninggalkan lawan beberapa mata di belakang. Malangnya, beliau kemudiannya didapati gugup dan akhirnya dapat dipintas oleh lawan yang jauh lebih berpengalaman daripada beliau. Pengalaman dan kematangan amat penting dalam perlawanan seperti ini bagi mengawal emosi kita supaya tidak mudah gelabah. Beregu kedua juga bermula dengan cemerlang dengan menewaskan lawan di set pertama dengan mata 21 - 10. Prestasi mereka kemudiannya merosot di set kedua dan ketiga. Akhirnya, Denmark dapat menyerikan kedudukan dengan 2 - 2. Perseorangan terakhir menjadi pertaruhan dan penentu sama ada Malaysia l...

Rupanya PKR Mahu Kerusi Sungai Besar!

Khamis, 19 Mei 2016 - Perkembangan terkini mengatakan Datuk Azmin Ali mahu PKR bertanding di Sungai Besar kononnya mereka mempunyai peluang lebih besar untuk menewaskan UMNO/BN berbanding PAS atau PAN. Sehubungan  itu, Azmin Ali telah memberi kata dua kepada PAS supaya jangan bertanding di Sungai Besar dan beri laluan kepada PKR. Walau bagaimanapun, dikatakan DS Hadi Awang tetap tegas dengan pendirian beliau untuk terus meletakkan calon PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh juga tegas dengan pendirian beliau untuk meletakkan calon PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana dua kerusi ini adalah kerusi tradisi PAS. Mungkinkah pergolakan terbaru ini akan menggugat dan membawa keretakan kepada kerjasama PAS dan PKR dalam Kerajaan Selangor? Seperti saya katakan dalam Blog Posting saya pagi tadi, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijangka menarik dan sengit. - ends -         

PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Dijangka Menarik Dan Sengit!

Khamis, 19 Mei 2016 - Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan serentak pada 18 Jun ekoran kematian dua orang Wakil Rakyat BN akibat nahas Helikopter di Sarawak. UMNO/BN pasti akan mempertahankannya kerana dua kerusi tersebut adalah milik mereka. PAS pasti akan bertanding bagi merebut kerusi-kerusi tersebut kerana pada PRU-13 mereka hanya tewas tipis kepada BN. Siapa tahu pada kali ini mereka mungkin menang. PAN pula dijangka akan bertanding bagi pihak PH. PAN pasti mahu menguji kekuatan dan populariti mereka berbanding PAS kerana majoriti pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar terdiri daripada orang Melayu Islam. Lagipun ini merupakan Pilihan Raya sulung mereka. Jika tidak diuji sekarang, bila lagi mereka mahu menguji sambutan para pengundi Melayu terhadap mereka selepas berpecah daripada PAS. Oleh itu, PRK kali bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Jika ini berlaku, undi PAS dan PAN akan berpecah dan memberi kemenangan mudah kepada UMNO/BN kerana pa...

Tanpa Guru Siapalah Aku

Jumaat, 13 Mei 2016 - Sempena Hari Guru Malaysia yang disambut pada 16 Mei ini, saya ingin merakamkan cetusan di bawah untuk semua Guru saya. Rasulullah S.A.W Adalah Guruku Mendidikku Tentang Allah Yang Satu Para Guru Adalah Guruku Mendidikku Agar Menjiwai Ilmu Dan Buku Ayahku Adalah Guruku Mendidikku Agar Berdiri Teguh Tanpa Kedu Ibuku Adalah Guruku Mendidikku Tentang Kasih Sayang Penuh Syahdu Adik-Beradikku Adalah Guruku Mendidikku Tentang Persaudaraan Yang Bersatu Padu Isteriku Adalah Guruku Mendidikku Tentang Tanggungjawab Tanpa Jemu Anak-Anakku Adalah Guruku Mendidikku Tentang Amanah Yang Diseru Cucu-Cucuku Adalah Guruku Mendidikku Agar Bahagia Dan Senyum Selalu Saudara-Maraku Adalah Guruku Mendidikku Bahawa Ukhuwah Adalah Perlu Jiran Tetanggaku Adalah Guruku Mendidikku Tentang Toleransi Dan Saling Bantu-Membantu Rakan-Rakanku Adalah Guruku Mendidikku Tentang Persahabatan Yang Jitu Manusia Sejagat Adalah Guruku Mendidikku Bahawa Kita Semua Adal...

La-Nina Dan Jerebu Landa Malaysia!

Rabu, 11 Mei 2016 - Selepas kita dilanda fenomena El-Nino dengan suhu kepanasan yang melampau, mungkinkah kita kini dilanda fenomena La-Nina dengan kejadian ribut petir dan hujan lebat di sana-sini sehingga menyebabkan banjir kilat di merata tempat. Paras air di beberapa batang sungai, kawasan tadahan air dan kolam tebatan banjir juga didapati telah meningkat dengan mendadak. Mengikut kajian Pusat Meteorologi Asean (ASMC), fenomena La-Nina akan menyebabkan hujan lebat dan banjir di beberapa tempat di Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu dan Pahang.   Pada masa yang sama, suasana Jerebu pula dijangka akan berulang kembali pada bulan depan sehingga Oktober akibat cuaca panas dan kering di Sumatra dan Kalimantan, Indonesia. Asap kebakaran hutan dari Sumatra dan Kalimantan dijangka akan merentasi sempadan dan menyebabkan suasana jerebu di Malaysia. Walau bagaimanapun, Jerebu kali ini tidaklah seteruk jerebu terdahulu kerana fenomena La-Nina di Malaysia akan mengurangkan...

Tsunami BN!

Sabtu, 7 Mei 2016 - Seperti yang saya ramalkan dalam blog posting yang lalu, BN telah melakukan Tsunami PRN Sarawak Ke-11 dengan memenangi 72 daripada 82 kerusi yang ditandingi untuk menerajui Sarawak selama 5 tahun lagi. Bilangan kerusi yang mereka menangi kali ini adalah melebihi majoriti dua pertiga dan jauh lebih baik daripada prestasi mereka dalam PRN Sarawak Ke-10. Pada kali ini BN bukan saja berjaya mengekalkan kerusi-kerusi lama, malah telah merampas beberapa kerusi panas daripada DAP. Ini membuktikan bahawa para pengundi Cina Sarawak sudah mula beralih angin kepada BN. DAP hanya menang 7 kerusi sementara PKR 3 kerusi. Ini bermakna DAP telah hilang 5 daripada 12 kerusi yang mereka menangi dalam PRN Ke-10. PAN dan PAS tewas semua kerusi yang ditandingi.   Pada jam 9 lebih malam, SPR telah mula mengisytiharkan BN sebagai pemenang PRN Sarawak Ke-11 selepas mereka melepasi majoriti mudah sebanyak 42 kerusi. Selepas itu, mereka mula melepasi angka majoriti dua pertiga. B...

BN Dijangka Menang Besar!

Sabtu, 7 Mei 2016 - Pada hari ini rakyat Sarawak akan keluar beramai-ramai bagi menentukan parti mana yang mereka pilih untuk menerajui Sarawak selama 5 tahun lagi. Saya ramalkan BN akan menang dalam PRN ini dengan memenangi sekurang-kurangnya majoriti dua pertiga atau mungkin lebih besar daripada itu. Saya berkata demikian kerana BN akan mengekalkan kerusi-kerusi lama di kawasan-kawasan luar bandar, memenangi kebanyakan daripada 11 kerusi baru yang diperkenalkan serta merampas beberapa kerusi yang dipegang oleh DAP. Saya mendapati majoriti rakyat Sarawak masih lagi mempercayai BN, terutama sekali terhadap TS Adenan Satem yang telah berjaya memperkenalkan pelbagai dasar menarik yang menguntungkan rakyat Sarawak. Usaha beliau ini telah dimantapkan lagi dengan sokongan dan bantuan padu Kerajaan Pusat yang mahu melihat rakyat Sarawak terus maju dan makmur.     Di samping itu, BN juga akan memperolehi undi simpati daripada rakyat Sarawak ekoran kejadian Tragedi Helikopter AS...

Batalkan Kempen Sempena Menghormati Mangsa Tragedi Helikopter

Jumaat, 6 Mei 2016 - Semua parti politik harus menghentikan kempen pilihanraya mereka serta merta sempena menghormati mangsa-mangsa tragedi Helikopter AS350 di Subuyau. Lagipun, hari ini adalah hari terakhir berkempen dan esok adalah hari Pilihanraya. Helikopter tersebut didapati terhempas pada petang semalam, serpihannya dijumpai pada pagi ini sementara mayat pertama daripada nahas berkenaan telah ditemui tengah hari tadi di Sungai Batang Lupar berdekatan serpihan helikopter. Sebagai menghormati mereka yang terkorban, batalkan saja kempen politik hari ini. Al-Fatihah untuk mereka yang beragama Islam dan RIP untuk yang bukan beragama Islam.    - ends -            

Breaking News - Helikopter Bawa VIP Masih Belum Ditemui!

Breaking News - Jumaat, 6 Mei 2016 - Helikopter yang membawa beberapa orang VIP, termasuk seorang Timbalan Menteri, masih belum ditemui. Ini disahkan oleh pihak Polis Sarawak. Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan penumpuan kepada beberapa lokasi. Perjalanan ke kawasan-kawasan pedalaman Sarawak, terutama sekali semasa kempen Pilihanraya, banyak menggunakan khidmat helikopter kerana faktor geografi Sarawak. Perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dengan bot dan jalan raya amat sukar dan mengambil masa yang panjang. Sehubungan itu, perkhidmatan helikopter sering digunakan untuk pergerakan yang lebih cepat dan selesa. Saya berdoa kepada Allah agar Helikopter tersebut bersama para penumpangnya ditemui secepat mungkin dan dalam keadaan selamat. Dalam kehangatan berkempen ini, kita semua perlu sentiasa bersangka baik dan berniat baik. Berita yang belum sahih dan belum disahkan oleh pihak berkuasa perlu tidak diviralkan kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. ...

Breaking News - Helikopter Bawa VIP Dari Betong Ke Kuching Hilang!

Breaking News - Khamis, 5 Mei 2016 - Sebuah Helikopter yang dipercayai membawa VIP dari Betong ke Kuching telah hilang dalam penerbangan. Ketua Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman berkata helikopter tersebut hilang daripada radar pada sekitar jam 5 petang berdekatan Daerah Sebuyau. "Operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan," kata beliau tanpa memberi sebarang maklumat terperinci. Dipercayai helikopter tersebut telah menghubungi menara udara mengenai masa yang dijangka tiba tetapi kemudiannya telah hilang hubungan radio. - ends -    

BN Will Clinch Two-Thirds Majority

Friday, May 6 2016 - My bet is on BN. By the end of May 7, BN will be declared as winner of the PRN-11 with two-thirds majority or by a stroke of luck, a landslide victory. They will win with hands down. DAP and its allies will be thrashed to the ground with a humiliating defeat. That is also my bet. With the resounding win, BN will move forward to the forthcoming PRU-14 in 2018 with a breath of confidence. Normally, a two-thirds majority in DUN will be translated into a solid Parliamentary seats. And these seats are crucial because they determine the next Federal Government. Hence, it augurs well for BN. As I have said before, in politics everything is possible. My prediction may be wrong. But, that's my prediction after listening to the shuffle in the ground. * The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.