Rabu, 11 Mei 2016 - Selepas kita dilanda fenomena El-Nino dengan suhu kepanasan yang melampau, mungkinkah kita kini dilanda fenomena La-Nina dengan kejadian ribut petir dan hujan lebat di sana-sini sehingga menyebabkan banjir kilat di merata tempat. Paras air di beberapa batang sungai, kawasan tadahan air dan kolam tebatan banjir juga didapati telah meningkat dengan mendadak.
Mengikut kajian Pusat Meteorologi Asean (ASMC), fenomena La-Nina akan menyebabkan hujan lebat dan banjir di beberapa tempat di Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pada masa yang sama, suasana Jerebu pula dijangka akan berulang kembali pada bulan depan sehingga Oktober akibat cuaca panas dan kering di Sumatra dan Kalimantan, Indonesia. Asap kebakaran hutan dari Sumatra dan Kalimantan dijangka akan merentasi sempadan dan menyebabkan suasana jerebu di Malaysia. Walau bagaimanapun, Jerebu kali ini tidaklah seteruk jerebu terdahulu kerana fenomena La-Nina di Malaysia akan mengurangkan impak jerebu tersebut.
Walau apapun cabaran dan dugaan yang bakal berlaku, kita semua perlulah bersiap sedia mulai sekarang.
- ends -

Comments