Skip to main content

Peguam Wanita Lawan Doktor Wanita Di Kuala Kangsar. Anak Pelabuhan Klang Lawan Anak Sungai Besar Di Sungai Besar

Sabtu, 28 Mei 2016 - BN dan PAS telah pun menamakan calon masing-masing bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, sementara PAN dijangka akan menamakan calon-calon mereka pada hari Rabu.

BN telah memilih Datin Mastura Mohd Yazid, balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak. Beliau, seorang peguam berusia 55 tahun, amat terkenal di kawasan Kuala Kangsar kerana sering turun padang bersama Allahyarham suaminya. Datin Mastura memperolehi Ijazah Undang-Undang dari University of Kent, UK dalam tahun 1984 dan Diploma Undang-Undang Syariah dari IIUM dalam tahun 1989.

Dr Najihatussalehah Ahmad, 47 tahun, seorang doktor perubatan, telah menjadi pilihan PAS. Beliau memperolehi Ijazah Perubatan dari UM.        

Sementara itu, ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi, 44 tahun, anak kelahiran Sungai Besar telah menjadi pilihan BN. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia dan pemimpin kepada Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG). Beliau kini sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang Sains Politik di UKM.

PAS telah memilih ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, anak kelahiran Pelabuhan Klang (adik kepada Rahim dan Omar Rahman, LPK), sebagai calon mereka. Dr Abdul Rani memulakan alam persekolahannya di Sekolah Melayu Pelabuhan Klang dan memperolehi Ijazah Perubatan dari Universiti Mesir.

PAN dijangka akan mengumumkan calon-calon mereka pada hari Rabu. Nama-nama calon mereka yang hangat diperkatakan sekarang termasuk Mat Sabu dan Nizar Jamaluddin.    

Sehubungan itu, kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijangka akan ditandingi secara tiga penjuru. PKR masih berminat untuk meletakkan calon di Sungai Besar, tetapi DAP lebih cenderung untuk meletakkan calon PAN bagi menguji penerimaan para pengundi Melayu Islam dan populariti mereka berbanding PAS dan UMNO. DAP berpendapat PAN akan memenangi sebahagian undi Melayu daripada PAS dan BN, dan kebanyakan undi Cina dan India ekoran kerjasama mereka dengan DAP. Dengan percaturan tersebut, DAP percaya PAN akan menang tipis atau setidak-tidaknya dapat mengatasi PAS. DAP menganggap PRK Sungai Besar sebagai 'testing the water for PAN before PRU-14 in 2018.'

Kerusi Parlimen Sungai Besar menawarkan kira-kira 42,000 pengundi. 33 peratus terdiri daripada pengundi Cina, 1.9 peratus kaum India dan selebihnya Melayu. Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar.

Sekiranya BN dapat mengekalkan peratusan undi yang mereka perolehi pada PRU-13, sementara undi PAS dan PAN berpecah dua, maka BN akan dapat mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

  
- ends -
            

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...