Skip to main content

So Near, Yet So Far!

Sabtu, 21 Mei 2016 - Begitulah yang dapat saya gambarkan tentang perlawanan Badminton Piala Thomas malam tadi antara Malaysia dan Denmark.

Malaysia telah bermula dengan garang dan penuh bergaya dengan mendahului Denmark 2 - 0. Ini bermakna kita hanya memerlukan satu mata lagi untuk melangkah ke Perlawanan Akhir Piala Thomas menentang Indonesia.

Perseorangan kedua turut bermula dengan baik dengan meninggalkan lawan beberapa mata di belakang. Malangnya, beliau kemudiannya didapati gugup dan akhirnya dapat dipintas oleh lawan yang jauh lebih berpengalaman daripada beliau. Pengalaman dan kematangan amat penting dalam perlawanan seperti ini bagi mengawal emosi kita supaya tidak mudah gelabah.

Beregu kedua juga bermula dengan cemerlang dengan menewaskan lawan di set pertama dengan mata 21 - 10. Prestasi mereka kemudiannya merosot di set kedua dan ketiga. Akhirnya, Denmark dapat menyerikan kedudukan dengan 2 - 2.

Perseorangan terakhir menjadi pertaruhan dan penentu sama ada Malaysia layak ke Perlawanan Akhir Piala Thomas menentang Indonesia. Sandaran dan harapan ini juga turut mengecewakan. Beliau juga dapat dijinakkan dengan mudah secara straight set. Maka berakhirlah perjuangan Malaysia untuk membawa pulang Piala Thomas ke Malaysia pada tahun ini.

Orang paling kecewa malam tadi ialah Datuk Lee Chong Wei. Ini mungkin merupakan perjuangan Piala Thomas yang terakhir bagi Chong Wei. Beliau berharap sangat untuk membantu Malaysia membawa pulang Piala Thomas ke Malaysia pada tahun ini. Selepas ini beliau mungkin tidak dapat beraksi lagi disebabkan oleh faktor usia.

Sehubungan itu, sesuatu mesti dilakukan terhadap Sukan Badminton Malaysia. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia perlu duduk berbincang dengan BAM dan pihak-pihak tertentu bagi membincangkan masalah dan masa depan Badminton Malaysia. Saya berpendapat rombakan, pembaharuan dan pembetulan mesti dilakukan dengan segera. Muka-muka baru mesti dicari, digali, dilatih dan ditampilkan bagi menggantikan muka-muka lama. Kita tidak boleh lagi terus menerus bergantung dan menaruh harapan pada muka-muka lama. It's high time that Malaysian Badminton must be reviewed and revamped. Weaknesses, problems, handicaps etc must be resolved soonest possible. New spirits, new strategies, new approaches and new antidotes must be injected into the industry. We can't rely on Datuk Lee Chong Wei only. His age is catching up and will retire soon. We must develop and produce more Lee Chong Weis. The time is Now!



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya.

* The opinion given is purely my personal opinion.            

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...