Breaking News - Jumaat, 6 Mei 2016 - Helikopter yang membawa beberapa orang VIP, termasuk seorang Timbalan Menteri, masih belum ditemui.
Ini disahkan oleh pihak Polis Sarawak. Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan penumpuan kepada beberapa lokasi.
Perjalanan ke kawasan-kawasan pedalaman Sarawak, terutama sekali semasa kempen Pilihanraya, banyak menggunakan khidmat helikopter kerana faktor geografi Sarawak. Perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dengan bot dan jalan raya amat sukar dan mengambil masa yang panjang. Sehubungan itu, perkhidmatan helikopter sering digunakan untuk pergerakan yang lebih cepat dan selesa.
Saya berdoa kepada Allah agar Helikopter tersebut bersama para penumpangnya ditemui secepat mungkin dan dalam keadaan selamat. Dalam kehangatan berkempen ini, kita semua perlu sentiasa bersangka baik dan berniat baik.
Berita yang belum sahih dan belum disahkan oleh pihak berkuasa perlu tidak diviralkan kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.
- ends -

Comments