Skip to main content

BN Dijangka Menang Besar!

Sabtu, 7 Mei 2016 - Pada hari ini rakyat Sarawak akan keluar beramai-ramai bagi menentukan parti mana yang mereka pilih untuk menerajui Sarawak selama 5 tahun lagi.

Saya ramalkan BN akan menang dalam PRN ini dengan memenangi sekurang-kurangnya majoriti dua pertiga atau mungkin lebih besar daripada itu. Saya berkata demikian kerana BN akan mengekalkan kerusi-kerusi lama di kawasan-kawasan luar bandar, memenangi kebanyakan daripada 11 kerusi baru yang diperkenalkan serta merampas beberapa kerusi yang dipegang oleh DAP.

Saya mendapati majoriti rakyat Sarawak masih lagi mempercayai BN, terutama sekali terhadap TS Adenan Satem yang telah berjaya memperkenalkan pelbagai dasar menarik yang menguntungkan rakyat Sarawak. Usaha beliau ini telah dimantapkan lagi dengan sokongan dan bantuan padu Kerajaan Pusat yang mahu melihat rakyat Sarawak terus maju dan makmur.    

Di samping itu, BN juga akan memperolehi undi simpati daripada rakyat Sarawak ekoran kejadian Tragedi Helikopter AS350.

Semua faktor ini akan menyumbang dan membawa kemenangan besar kepada BN.

DAP dan sekutunya dijangka tewas di beberapa kawasan yang mereka menangi dulu. Ramai rakyat Sarawak sekarang sudah mula hilang kepercayaan terhadap mereka. Ini disebabkan oleh kemerosotan prestasi mereka di sepanjang 5 tahun yang lalu. Mereka hanya bijak berjanji tetapi tidak 'perform' seperti yang diharapkan. Ini menyebabkan ramai penyokong mereka beralih kepada BN.            

Ramalan saya ini mungkin juga meleset kerana dalam politik segala-galanya adalah serba mungkin. In politics everything is possible. There is a possibility that DAP and its allies may cause a bit of upsets. Mungkin DAP dan sekutunya akan melakukan sedikit kejutan dan upsets. Siapa tahu. Tetapi, saya masih yakin bahawa BN akan menang besar kali ini sementara DAP dan sekutunya akan kecundang.

Anda juga boleh mengikuti blog posting saya bertajuk "BN Will Clinch Two-Thirds Majority".

Selamat Mengundi Kepada Rakyat Sarawak.


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.

          

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...