Skip to main content

PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Dijangka Menarik Dan Sengit!

Khamis, 19 Mei 2016 - Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan serentak pada 18 Jun ekoran kematian dua orang Wakil Rakyat BN akibat nahas Helikopter di Sarawak.

UMNO/BN pasti akan mempertahankannya kerana dua kerusi tersebut adalah milik mereka. PAS pasti akan bertanding bagi merebut kerusi-kerusi tersebut kerana pada PRU-13 mereka hanya tewas tipis kepada BN. Siapa tahu pada kali ini mereka mungkin menang. PAN pula dijangka akan bertanding bagi pihak PH. PAN pasti mahu menguji kekuatan dan populariti mereka berbanding PAS kerana majoriti pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar terdiri daripada orang Melayu Islam. Lagipun ini merupakan Pilihan Raya sulung mereka. Jika tidak diuji sekarang, bila lagi mereka mahu menguji sambutan para pengundi Melayu terhadap mereka selepas berpecah daripada PAS.

Oleh itu, PRK kali bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Jika ini berlaku, undi PAS dan PAN akan berpecah dan memberi kemenangan mudah kepada UMNO/BN kerana para penyokong UMNO/BN masih tidak berubah. Malah, undi mereka mungkin bertambah disebabkan oleh faktor simpati terhadap calon-calon UMNO/BN susulan nahas Helikopter di Sarawak. Semangat dan motivasi kemenangan besar BN di Sarawak juga boleh mendorong para pengundi untuk terus memilih UMNO/BN.  

Jika PAN menarik diri untuk memberi laluan kepada PAS untuk menghadapi UMNO/BN (ini mungkin tidak akan berlaku), PRK ini akan menjadi lebih menarik dan sengit.

PKR tidak akan bertanding kerana mereka adalah parti berbilang bangsa. Lagipun, DAP pasti tidak akan membenarkan mereka bertanding untuk memberi laluan kepada PAN. Di samping itu, PKR mahu menjaga hati PAS kerana mereka amat perlukan bantuan PAS untuk memerintah Selangor selepas PRU-14 pada tahun 2018.

Dr Mahathir dengan agenda Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tidak akan memberi impak kepada PRK ini. Beliau tidak akan mampu membantu parti pembangkang menewaskan UMNO/BN. Rakyat telah mula sedar tentang agenda, kerenah dan gelagat sebenar Dr M. Mereka semakin jelak, muak dan mual dengan sikap Dr M yang bersekongkol dengan DAP dan akhbar asing. Ini diperkuatkan lagi dengan Warkah Dari Penjara oleh DS Anwar Ibrahim. DS Anwar Ibrahim telah menasihatkan para pemimpin PKR khasnya dan PH amnya serta seluruh rakyat supaya tidak mempercayai dan memberikan kerjasama kepada Dr M. Semua ini akan membantu UMNO/BN memenangi PRK kali ini.                    

Biasanya dalam PRK, UMNO/BN akan turun padang secara beramai-ramai untuk berkempen, berjuang dan menggempur habis-habisan. Mereka akan menggunakan segala bentuk strategi dan media yang ada untuk berkempen dan meraih undi. Sama ada media cetak, media elektronik mahupun media sosial. Mereka akan manfaatkan segala kekuatan dan jentera mereka yang ada. Ini akan memberi banyak kelebihan kepada mereka berbanding PAS. Gerak gempur mereka ini tidak akan dapat disaingi oleh PAS. UMNO/BN will go all out to win the by-elections. They will utilise all their available strengths and machineries to win votes.

Sehubungan itu, saya berpendapat, sama ada PRK kali ini ditandingi secara tiga ataupun dua penjuru, UMNO/BN akhirnya akan menang. Mereka dijangka akan menang tipis atau lebih sedikit daripada PRU-13. Saya juga tidak terperanjat jika UMNO/BN menang besar kali ini sekiranya mereka meletakkan calon-calon yang sesuai dan terbaik yang berjiwa rakyat.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.

              

            

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...