Ahad, 20 Rabiul Awal 1441H, 17 Nov 2019 - BN menang 'Mega' dan menang 'Gila' di Tanjung Piai malam tadi dengan meraih Majoriti paling besar sejak tahun 2004 - 15,086 undi. BN perolehi 25,466 undi, sementara PH hanya mendapat 10,380 undi. Yang lain jauh ketinggalan di belakang. Para pengundi Tanjung Piai telah menghukum PH! Saya tidak menduga sama sekali bahawa BN akan menang dengan begitu Mega. Begitu juga dengan jangkaan para penganalisa dan Blogger politik yang lain. Keputusan malam tadi sungguh Mengejutkan, amat Menakjubkan dan memang Luar Biasa. So Shock, so Overwhelming and so Mind-Boggling! Apa yang boleh saya katakan ialah 'Wow'! Apakah semua ini? Adakah ini merupakan isyarat dan amaran awal para pengundi kepada PH? Atau adakah ini merupakan kebangkitan dan gelombang pertama yang akan mencetuskan Tsunami Penolakan PH pada PRU-15? Nampaknya begitu. Segala-galanya mungkin bermula di Tanjung Piai! Keputusan dan pengajaran yang diberikan oleh para p...