Skip to main content

Syabas Dan Tahniah Ana!

Isnin, 23 Jamadil Awal 1446H, 25 November 2024

Kita perlu berhempas pulas dan bersengkang mata untuk memperolehi segulung Diploma, Sarjana Muda mahupun Master's. Apatah lagi Ph.D yang memerlukan pengorbanan lebih besar.

But, you have made it Ana. You carved a second Doctorate!

Syabas dan Tahniah Ana! Anda telah mengatasi segala rintangan untuk dianugerahkan Ijazah Ph.D In Medicine (Public Health) di Konvo UKM yang berlangsung pada 24 November 2024. 

Anda telah melakukannya dengan baik walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang Doktor dan ibu kepada dua orang anak yang sedang membesar. Congratulations, Good Effort.

Ph.D bukanlah muktamad kepada Pelajaran. Sebaliknya, ia adalah Permulaan kepada satu perjalanan Pelajaran yang jauh. The beginning of a Long Journey. Pelajaran adalah Sepanjang Hayat. Education is A Lifelong Learning and a Lifelong Journey. Lebih-lebih lagi dalam dunia sekarang di mana ia Sentiasa Berubah. The World keeps on Changing and Evolving. So do the Virus and the Diseases!

Sehubungan itu, anda perlu sentiasa Belajar, Mengkaji, Meningkatkan Kemahiran dan Banyak Membaca untuk mengikuti perkembangan mutakhir serta sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi dunia kini yang kian mencabar.

Tidak lupa juga kepada Anak-Anak yang lain. Syabas dan Tahniah juga kepada kamu semua kerana turut cemerlang dalam bidang masing-masing. Great Job. All of you have made the Family proud. 

Tetapi ingat, kita perlu sentiasa Merendahkan Diri. Please stay and remain Humble all the time.

Teruskan lagi usaha gigih kamu semua. Satu-satunya Jalan (Pathway) untuk Berjaya di masa depan ialah terus melangkah Ke Hadapan (Onward, Forward and Upward) untuk mengejar Impian (Dream) masing-masing. Think Big, Dream Big and Make Big Effort for Future Success! 

Ayah dan Mak sentiasa bersama kamu semua, dan sentiasa Berdoa demi Kejayaan dan Kebahagiaan kamu semua, baik di Dunia mahupun di Akhirat.

- ends -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...