Skip to main content

Posts

Kampung Masjid Pelabuhan Klang Yang Dilupai

Rabu, 27 Syaaban 1443 Hijrah/30 Mac 2022 Saya rasa terpanggil untuk merakamkan kisah Kampung Masjid Pelabuhan Klang ini ketika saya dan abang saya, Sulaiman Mohd Idrus menjejakkan kaki di Kampung ini untuk menghadiri sebuah Majlis Perkahwinan anak Tuan Haji Ismail Kelantan. Ketika melangkah masuk ke Kampung ini, saya terbayang akan kisah-kisah silam semasa saya dan rakan-rakan sedang membesar di Kampung ini.  Kampung sekarang telah banyak berubah dan tidak lagi seperti Kampung asal. Rumah-rumah yang terdapat sekarang didapati berhimpit-himpit dan sesak. Rumah-rumah asal semuanya berkaki, bertangga kayu dan tersusun sehingga membolehkan saya dan rakan-rakan berlari, berkejar-kejaran dan berbasikal dengan mudah. Rumah asal lama yang terdapat sekarang hanyalah rumah Arwah Mak Bedah Pak Aid. Itupun sudah hampir menyembah bumi.  Tapak rumah asal saya kini telah menjadi sebahagian daripada kawasan depan Masjid Jamek As Samadiah sekarang.           ...

Rentas Negeri Diberi

 3 Rabiulawal 1443H/10 Okt 2021 Rentas Negeri Telah Diberi Rakyat Malaysia Senang Hati Jangan Teruja Hingga Lupa Diri Kelak Nanti Kita Yang Rugi Balik Kampung Memang Dinanti Berjumpa Sanak Saudara Yang Dikasehi Pastikan Covid19 Tidak Dibawa Sekali Agar Tidak Menyesal Di Belakang Hari Utamakan Kesihatan Dan Kebersihan Diri SOP Perlulah Sentiasa Dipatuhi Ini Adalah Norma Masa Kini Supaya Kita Dapat Hidup Tanpa Dijangkiti Ibrahim Mohd Idrus

Proses Vaksinasi Dipergiat

 Jumaat, 7 Zulkaedah 1442H/18 Jun 2021 - Alhamdulillah dan Syukur kepada Allah, saya serta Isteri telah memperolehi Dos Kedua Vaksin Pfizer pada 15 Jun lalu di KKPandamaran, Pelabuhan Klang. Kami telah mendapat suntikan tersebut dalam masa tidak sampai setengah jam setelah tiba di pusat tersebut. Tahniah dan Syabas kepada para petugas Bahagian Hadapan (the Frontliners) KKPandamaran di atas kecekapan dan kerja cemerlang anda semua. Dengan suntikan ini, adakah kami telah diberikan Pasport untuk bebas bergerak ke sana-sini untuk bertemu sanak saudara atau rakan taulan tanpa batasan? Tidak! No, no, no!  Kami masih terikat dengan SOP yang ditetapkan sehinggalah Negara mencapai sasaran Imuniti Kelompok, iaitu lebih 80 peratus daripada populasi Malaysia telah divaksinasi sepenuhnya. Sudahkah kita mendekati sasaran tersebut? Belum lagi. Perjalanan masih panjang. Sehingga kini, lebih 3 juta penduduk telah mendapat Dos Pertama dan lebih Sejuta telah memperolehi Dos Kedua. Ini bermakna s...

Salute To Frontliners

Thursday, 6 Zulkaedah 1442H/June 17 2021 - Alhamdulillah, Syukur and Thanks to Allah, my wife and I have completed our 2nd Dose of Pfizer Vaccine on June 15 2021.  Thanks to the efficiency of KKPandamaran Healthcare Frontliners, the Vaccination process went smoothly and speedily without any hiccup. We got vaccinated barely half an hour at the centre. With the 2nd Dose, does it mean that we are now furnished with a Special Passport to chuck away the SOP and Paint The Town Red scot-free ? No, No, No! There is no such thing. We still need to comply with the SOP until Malaysia meets its targeted Herd Immunity - that is more than 80 percent of the population have been fully vaccinated. That means more than 26 million of the total population should be fully inoculated before the end of this year before we can safely open up more economic and social sectors, and back to normalcy. .      Are we close enough to the target yet? No. There is still a long way to go. Up to date, ...

Curb The Covid And Revitalise The Economy

Wednesday, 29 Jamadilawal 1442H - January 13 2021 Now is the right time to properly curb the Covid-19 infections and to strategise the economic uplift with the introduction of PKP, PKPB, PKPP and Darurat. Now is also the right time for all of us to put aside our political differences and to work together in the spirit of true Malaysians to find ways and means to check the runaway Virus infections and to improve the economy. By working together hand in hand, we will be able to flatten the infections curve soonest possible, help boost the dampened economy and bring back our children and grandchildren to schools by February. Education is also our priority. The students lost months of school lessons last year. They need a lot of catch up this year, and to do that, they need months of Covid free days. To achieve that, we have to work real hard from now to halt the spread.  Follow the stringent SOPs set by the authority. - ends - * The brief Opinion above is the Writer's views without an...

Perangi Covid-19 Dan Pulihkan Ekonomi

Rabu, 29 Jamadilawal 1442H - 13 Januari 2021  Telah tiba masanya sekarang untuk kita menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha memerangi Covid-19 serta memulihkan kembali Ekonomi Negara setelah PKP, PKPB, PKPP dan Darurat dilaksanakan,   Pelaksanaan langkah-langkah ketat ini adalah tepat pada masanya ketika Wabak Covid-19 sedang memuncak dan ketika ekonomi negara sedang beransur pulih. Kita tidak boleh leka dan alpa lagi, dan perlu terus melangkah ke hadapan untuk membendung penularan jangkitan Wabak ini serta merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Kita semua perlu bersatu padu dan berganding tenaga ke arah matlamat tersebut. Kita perlu ketepikan perihal politik, kuasa dan kepentingan peribadi buat seketika. Tumpukan fokus dan prioriti kepada kemaslahatan rakyat dan ekonomi negara. Selaku pemimpin, kita perlu menampilkan teladan yang baik. Pemimpin sebenar ialah pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat ibarat Lilin Membakar Diri Untuk Menerangi Orang Lain. Bu...

Sekolah Dibuka Atau Tutup Lagi?

Isnin, 27 Jamadilawal 1442H - 11 Januari 2021 Sekolah-sekolah di Malaysia dijadualkan dibuka pada 20 Januari. Pada tarikh tersebut, ribuan pelajar dan ibu bapa dijangka akan membajiri sekolah-sekolah walaupun dalam suasana kes Covid-19 yang masih tinggi sekarang. Semalam, Malaysia mencatat 2,433 kes Covid-19, satu angka yang masih membimbangkan. Di Malaysia, pembukaan sekolah di hari pertama adalah ibarat satu pesta. Ribuan pelajar, termasuk murid-murid Darjah Satu dan para ibu bapa akan memenuhi kawasan-kawasan sekolah di seluruh Malaysia. Keadaan ini bakal menyulitkan pihak berkuasa untuk mengawal dan membendung penularan Covid-19 yang kini telah berada dalam komuniti kita. Untuk menangani situasi ini, saya berpendapat, cuti sekolah sekarang harus dilanjutkan sehingga bulan Februari demi kesihatan dan keselamatan para pelajar, ibu bapa dan orang ramai. Saya harap, dengan langkah dan SOP yang lebih ketat oleh Kerajaan tidak lama lagi, angka sekarang akan dapat dikurangkan kepada angka...