Skip to main content

Posts

Meter SMART, Inflasi Dan Kejatuhan Ringgit

 Selasa, 22 Zulhijah 1444H, 11 Julai 2023 Semalam, 10 Julai, Meter SMART (SMART Meter) telah dipasang di rumah saya oleh Kontraktor TNB. Saya bertanya, "Adakah wajib untuk dipasang?" Jawab kakitangan tersebut, "Tak pasti Pak Cik." Sambungnya, "Jika tidak dipasang oleh kami, TNB akan mengutus surat dan kakitangan TNB akan memasangnya." Saya mengeluh dan berkata, "Nampaknya bil bulanan Pak Cik melambung naiklah." Beliau berkata, "Nampaknya begitulah Pak Cik." Oleh itu, mahu tak mahu, kena pasang jugalah. Dengan pemasangan Meter SMART ini, TNB dapat memantau penggunaan kita secara Jarak Jauh dan kita juga boleh memantau penggunaan seharian kita dengan log masuk ke Laman Web TNB. Cara hendak log masuk, kita perlu ikuti prosedur Log In mereka. Dengan pemasangan Meter SMART ini, bil bulanan kita dijangka meningkat. Ramai pengguna yang telah dilengkapi dengan Meter SMART ini berkata begitu.  Bijak Pandai berkata, "Jika kita tidak dapat me...

Aidilfitri Dan Covid-19

 Rabu, 28 Ramadhan 1444H/19 April 2023  Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi, pada masa yang sama, trend Covid-19 terkini telah menunjukkan angka jangkitan yang semakin meningkat.  Ia dikatakan bermula daripada Kluster Sekolah selepas sesi Sekolah bermula. Mungkinkah trend kenaikan ini akan menular ke Kluster Raya pula? Besar kemungkinan! Walaupun kita telah beralih ke Fasa Endemik ( kita terpaksa hidup bersamanya ), kita perlu sentiasa berwaspada demi kesihatan kita. Terutama sekali di kalangan Warga Emas, mereka yang menderita pelbagai jenis penyakit ( komorbiditi ), kanak-kanak dll. Pada Hari Raya ini, berduyun-duyun dijangka akan Balik Kampung. Mereka akan bertemu Ibu Bapa dan sanak saudara yang dikasihi dan dirindui. Mereka akan berpeluk-cium dan bersalam-salaman sebagai tanda mesra tanpa menyedari sama ada mereka adalah pembawa Virus Covid-19 atau pun tidak. Sehubungan itu, pada musim perayaan ini adalah lebih baik jika kita terus mengama...

Tribute To My Children

 Friday/Jumaat - January 6 2023/ 13 JamadilAkhir 1444H I stopped writing this Blog for sometimes after my Desktop Computer broke down. I tried many times to "resuscitate" it but fail. Today, in conjunction with the Holy Friday, I had the opportunity to restart the Blog Posting, not with the old Desktop but with a brand-new Laptop, an invaluable New Year Gift from my beloved Children. They knew fully well that writing and Blogging is my lifelong love. Without hitting my Keyboard, I might lose my inspiration and also my Mind! Desktop has always been my favourite. I love to bang the Keyboard when writing. But time has changed for the better. With this Laptop, I can now write and Blog everywhere and anywhere in the World. Laptop is the current trend. Without which you can be considered obsolete. Laptop is now part of Tech Savvy life. Millions of Thanks again to all my lovely Children who brought Sunshines in my wonderful life. Love you all So, So, So Much. May Allah the Almighty ...

Jutaan Terima Kasih Anak-Anakku

 Jumaat/Friday - 13 JamadilAkhir 1444H/6 January 2023  Setelah Desktop Computer saya rosak, saya berhenti menulis Blog ini buat seketika. Berkali-kali saya cuba untuk menyambung talian hayatnya. Namun gagal. Hari ini, Jumaat, penghulu segala hari, saya telah berjaya memberikan nafas baru kepada Blog Posting ini. Bukan dengan Desktop tersebut, tetapi dengan Laptop Terkini! Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Anak-Anak saya yang telah berganding tenaga untuk menghadiahkan Ayah mereka sebuah Laptop sempena Tahun Baru 2023. Mereka faham, bidang penulisan adalah salah satu daripada kegemaran (hobby) saya. Tanpa mengetuk Keyboard, saya akan menjadi gelisah dan mungkin juga akan menumpulkan Otak saya. Millions of thanks again to all my children for the invaluable Laptop. With this Laptop, I can now write and Blog everywhere and anywhere in the World. Love you all So, So, So Much! May Allah The Almighty Bless all of you.  Jutaan Terima Kasih sekali daripada Ayah.

Kampung Masjid Pelabuhan Klang Yang Dilupai

Rabu, 27 Syaaban 1443 Hijrah/30 Mac 2022 Saya rasa terpanggil untuk merakamkan kisah Kampung Masjid Pelabuhan Klang ini ketika saya dan abang saya, Sulaiman Mohd Idrus menjejakkan kaki di Kampung ini untuk menghadiri sebuah Majlis Perkahwinan anak Tuan Haji Ismail Kelantan. Ketika melangkah masuk ke Kampung ini, saya terbayang akan kisah-kisah silam semasa saya dan rakan-rakan sedang membesar di Kampung ini.  Kampung sekarang telah banyak berubah dan tidak lagi seperti Kampung asal. Rumah-rumah yang terdapat sekarang didapati berhimpit-himpit dan sesak. Rumah-rumah asal semuanya berkaki, bertangga kayu dan tersusun sehingga membolehkan saya dan rakan-rakan berlari, berkejar-kejaran dan berbasikal dengan mudah. Rumah asal lama yang terdapat sekarang hanyalah rumah Arwah Mak Bedah Pak Aid. Itupun sudah hampir menyembah bumi.  Tapak rumah asal saya kini telah menjadi sebahagian daripada kawasan depan Masjid Jamek As Samadiah sekarang.           ...

Rentas Negeri Diberi

 3 Rabiulawal 1443H/10 Okt 2021 Rentas Negeri Telah Diberi Rakyat Malaysia Senang Hati Jangan Teruja Hingga Lupa Diri Kelak Nanti Kita Yang Rugi Balik Kampung Memang Dinanti Berjumpa Sanak Saudara Yang Dikasehi Pastikan Covid19 Tidak Dibawa Sekali Agar Tidak Menyesal Di Belakang Hari Utamakan Kesihatan Dan Kebersihan Diri SOP Perlulah Sentiasa Dipatuhi Ini Adalah Norma Masa Kini Supaya Kita Dapat Hidup Tanpa Dijangkiti Ibrahim Mohd Idrus

Proses Vaksinasi Dipergiat

 Jumaat, 7 Zulkaedah 1442H/18 Jun 2021 - Alhamdulillah dan Syukur kepada Allah, saya serta Isteri telah memperolehi Dos Kedua Vaksin Pfizer pada 15 Jun lalu di KKPandamaran, Pelabuhan Klang. Kami telah mendapat suntikan tersebut dalam masa tidak sampai setengah jam setelah tiba di pusat tersebut. Tahniah dan Syabas kepada para petugas Bahagian Hadapan (the Frontliners) KKPandamaran di atas kecekapan dan kerja cemerlang anda semua. Dengan suntikan ini, adakah kami telah diberikan Pasport untuk bebas bergerak ke sana-sini untuk bertemu sanak saudara atau rakan taulan tanpa batasan? Tidak! No, no, no!  Kami masih terikat dengan SOP yang ditetapkan sehinggalah Negara mencapai sasaran Imuniti Kelompok, iaitu lebih 80 peratus daripada populasi Malaysia telah divaksinasi sepenuhnya. Sudahkah kita mendekati sasaran tersebut? Belum lagi. Perjalanan masih panjang. Sehingga kini, lebih 3 juta penduduk telah mendapat Dos Pertama dan lebih Sejuta telah memperolehi Dos Kedua. Ini bermakna s...