Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

1MDB's Saga Unfolds With A New Twist

1MDB's saga unfolds with a new twist with the arrest of Xavier Andre Justo, a Swiss national of Spanish parents. He is an ex- IT Executive of PetroSaudi, a multinational Oil and Gas Company which has business collaboration with 1MDB Malaysia. He was in Koh Samui, Thailand when he was nabbed and charged by Thai Authorities for blackmailing and extorting his former employer, PetroSaudi International. Justo is believed to be the culprit who relayed the leaked emails and documents to the London-based Sarawak Report. Some of the information were genuine while the rest had been creatively altered or tampered with. The Sarawak Report's editor, Clare Rewcastle Brown, a sister-in- law of former UK Prime Minister, Gordon Brown, confirmed they received the leaked information. Justo led a lavish and hedonistic lifestyle in Koh Samui, Thailand with his new young wife when he was arrested. He started his career in banking for 12 years in Switzerland. After a divorce with his first wife...

Siapa Dia Xavier Andre Justo

Mengikut New Straits Times, Xavier Andre Justo, 49 tahun, adalah rakyat Swiss berketurunan Sepanyol yang ditahan oleh pihak berkuasa Thai baru-baru ini. Beliau telah ditahan atas kesalahan mengugut bekas majikannya, PetroSaudi International yang mempunyai hubungan perniagaan dengan 1MDB Malaysia. Beliau juga dikehendaki kerana telah mencuri dan menyalurkan emel dan dokumen rahsia syarikat kepada The Sarawak Report yang berpangkalan di UK. Sarawak Report kemudiannya telah melaporkan berita-berita palsu tentang 1MDB. Editor berita portal tersebut ialah Clare Rewcastle Brown, adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Mr Gordon Brown.   Beliau memulakan kerjayanya di Switzerland di tiga buah bank. Selepas bercerai dengan isteri pertama, beliau telah menjadi seorang pemabuk dan mula mentatu badannya. Beliau kemudiannya telah pergi ke Thailand. Di Thailand beliau berjumpa seorang pegawai PetroSaudi yang menawarkan beliau jawatan Eksekutif IT dengan gaji yang agak lumayan. Bel...

G18 Tubuh Parti Baru

Kumpulan G18 yang tewas dalam Muktamar PAS baru-baru ini bercadang untuk menubuh sebuah Parti baru bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat. Mereka yang menggelarkan diri mereka 'progressive dan professional' telah bermesyuarat dengan para wakil PKR dan DAP di rumah banglo Datuk Kamaruddin Jaafar, orang kuat Anwar Ibrahim, baru-baru ini. Parti baru yang mungkin diberi nama Harapan Baru, akan disertai oleh ahli-ahli PAS yang sealiran dengan mereka. Mereka berhasrat untuk menubuhkan Parti ini sebelum Pilihan raya akan datang bagi menentang PAS dan UMNO. Dengan penubuhan Parti ini, orang Melayu semakin berpecah dan lemah. Para pemimpin ulama PAS sekarang telah menegur hasrat mereka dan meminta mereka untuk mematuhi arahan pucuk pimpinan PAS. Teraju Pimpinan PAS sekarang yakin Parti baru ini tidak akan bertahan lama untuk bersaing dengan PAS sedia ada yang telah pun mantap di akar umbi. Mereka yakin Parti baru ini akan berkubur seperti Parti-Parti lain yang cuba bersaing de...

Melayu Islam. Melayu Mesti Bersatu

Apabila kita bercakap tentang Bangsa Melayu di Malaysia dan di seluruh dunia, kita tidak boleh lari daripada mengaitkan mereka dengan Agama Islam. Begitulah sebaliknya. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Perkara ini sudah sebati dalam jiwa Orang Melayu yang rata-rata beragama Islam. Di Malaysia hampir 100 peratus orang Melayu adalah beragama Islam. Saya tidak berani mengatakan 100 peratus kerana mengikut perangkaan Jabatan Agama ramai orang Melayu telah menganut Agama Kristian secara senyap-senyap dan sebahagian lagi mengamalkan ideologi liberal dan atheisme (free thinkers dan tidak mempercayai Allah). Sehubungan itu, hampir 100 peratus adalah Islam yang terus menerus mengamal, memperjuang dan mempertahankan Agama Islam di Malaysia. Bangsa Melayu adalah satu rumpun bangsa Nusantara yang berperibadi lemah lembut, berbudi bahasa, bersopan santun, bertolak ansur, beradab dan beradat. Ini diakui sendiri oleh para Orientalis Barat yang datang menjajah Nusantara. Itu sebabnya Orang M...

Kerajaan Selangor Dan Pulau Pinang Boleh Tumbang

Difahamkan pada pagi ini Azmin Ali telah berpeluang menghadap DYMM Sultan Selangor untuk berbincang sesuatu mengenai pentadbiran Negeri Selangor. Maklumat terperinci tidak dapat diperolehi.   Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang boleh tumbang sekiranya berlaku peralihan sokongan beberapa orang ADUN kepada BN. Di Selangor DAP mempunyai 15 kerusi, PAS 15 kerusi, PKR 13 kerusi, BN 12 kerusi dan Bebas (Tan Sri Khalid) 1 kerusi. PAS telah pun memutuskan pertaliannya dengan DAP. Ini bererti PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan boleh menjadi 'kingmaker' untuk pembentukan Kerajaan Selangor yang baru. Ini boleh berlaku sekiranya PAS mula mengumumkan kerjasama dengan BN dan Tan Sri Khalid. Kerjasama ini akan menghasilkan 28 kerusi, sementara gabungan DAP dan PKR hanya tinggal 28 kerusi juga. Maka berlakulah kerajaan tidak stabil 'hung Government'. Apabila perkara ini berlaku, kerjasama PAS, BN dan Tan Sri Khalid hanya memerlukan seorang dua untuk melompat dari PKR untuk ...

Selamat Hari Bapa/Happy Father's Day

Hari Bapa ini sepatutnya disambut pada setiap hari bagi mengenang jasa dan pengorbanan bapa yang begitu besar dan tidak terperi. Mereka telah bersusah payah melahir, membesar dan mendidik kita sehingga menjadi insan dewasa yang berguna. Mereka tidak pernah mengenal erti penat, letih, kecewa, putus asa, miskin, sakit dll untuk memastikan anak-anak mereka berjaya di hari muka.     Namun begitu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memilih tarikh tersebut (Minggu Ketiga Dalam Jun) sebagai tarikh keramat demi mengiktiraf pengorbanan dan jasa besar kaum Bapa kepada anak-anak mereka. Happy Father's Day To All Fathers Throughout The World. Sempena Hari Bapa ini, saya ingin merakamkan secebis kata-kata indah untuk Bapa saya yang telah lama pergi menemui Khaliqnya, Allah SWT.    Selamat Hari Bapa Bapaku Telah Lama Pergi Menemui Illahi Meninggalkan Kami Bersendirian Untuk Berdikari Jasa Baktinya Amatlah Banyak Sekali Tidak Pernah Abai Membesar Dan Mendi...

Ramadhan Al-Mubarak

Marhaban Ya Ramadhan Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan Selamat Menyambut Dan Menunaikan Ibadah Puasa Kepada Seluruh Umat Islam. Ibadah Puasa hendaklah ditunaikan secara fizikal dan kerohanian (spiritual) untuk menikmati roh dan intipati Ramadhan yang sebenar. Dengan melakukan demikian barulah kita boleh menjiwainya dan menjadi insan yang suci, bersih, mulia dan berakhlak tinggi, bukan saja dalam bulan Ramadhan, tetapi juga di luar Ramadhan. Inilah sebenarnya tujuan dan matlamat Allah untuk kita Berpuasa.   A Blessed Ramadhan Al-Mubarak To All Muslims Throughout The World. Ramadhan Al-Mubarak Menjelma Lagi Bulan Paling Agong Penuh Diberkati Penghulu Segala Bulan Di Mana Al-Quran Dituruni Dipenuhi Rahmah, Pengampunan Dan Neraka Dikunci Segala Ibadah Perlulah Ditingkati Agar Menjadi Mukmin Terpuji Berpuasa Seikhlas Hati Di Siang Hari Bagi Memantapkan Santapan Rohani Imarahkan Surau Masjid Di Malam Hari Menunaikan Tarawih Witir S...

Pakatan Rakyat Pecah

Pakatan Rakyat telah pecah ekoran pengumuman Lim Guan Eng semalam bahawa Pakatan Rakyat tidak wujud lagi. Pengumuman ini dibuat susulan daripada keputusan Dewan Ulama PAS di Muktamar PAS baru-baru ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Apabila hubungan antara PAS dan DAP telah putus maka Pakatan Rakyat tidak boleh berfungsi lagi. Perbezaan ideologi antara dua parti ini memang ketara sejak dulu lagi. PAS mengamalkan Politik Islam sementara DAP dengan dasar Sosialis Sekular. DAP tetap konsisten dengan konsep Malaysian Malaysia sementara PAS ingin mewujudkan pentadbiran Islam dengan Hukum Hudud. Tetapi, impian bersama mereka untuk menumbangkan pentadbiran UMNO/BN telah mendorong mereka untuk bekerjasama dalam satu Pakatan yang berlainan fahaman. Malangnya, ikatan ini tidak bertahan lama seperti Barisan Alternatif dulu. Yang menjadi mangsa kepada perpecahan ini ialah Kerajaan Negeri Selangor! Apa akan jadi kepada Kerjaan Negeri Selangor? Pulau Pinang tidak goncang kerana ia dikuas...

Azmin Ali In Quagmire

The non-stop spat between Islamist PAS and secular DAP has reached a point of no return and put Azmin in real quandary. The problems faced by Azmin now are more perplexing compared to the past Selangor Menteri Besar crisis. Both parties have given ultimatum to Azmin to choose between them, DAP or PAS. They just can't work together in the same Coalition due to the continuous conflicting philosophies and idealogies which result in the severing of ties declared by PAS Dewan Ulama recently . As a Selangor Menteri Besar, Azmin has to make a quick and wise decision to save the coalition. A breakup will lead to a collapsed Selangor Government and most likely the Sultan will have to intervene and advise them to hold a snap election.       Since its inception, DAP has been very consistent with its sosialist policies while PAS is very adamant to implement its Hudud Syariah Law. But, their joint dreams to topple BN has turned them into a reluctant sleeping partners through marri...

Rintihan Gunung Kinabalu

Keindahan Gunung Kinabalu Memang Tak Terkata Menjadi Pujian Dan Pujaan Seantero Dunia Ribuan Manusia Telah Mendaki Sejak Lama Menguji Kekuatan Dan Menikmati Keindahannya Tiba-Tiba Gempa Kuat Melanda Meragut Banyak Nyawa Yang Tak Berdosa Batu-Batu Besar Bergolek Menghempap Mereka Kanak-Kanak, Orang Dewasa Dan Malim Terkorban Dan Cedera Tanpa Diduga 10 Manusia Bogel Durjana Turut Mencuri Berita Tanpa Segan Silu Telah Membuat Noda Masyarakat Tempatan Mencemuh Mereka Sebagai Angkara Yang Menyebabkan Roh Nenek Moyang Mereka Amat Murka Gempa Di Sana-Sini Adalah Kehendak Allah Yang Maha Esa Hanya Allah Yang Menentukan Apa Yang DikehendakiNya Doa Dan Takziah Untuk Mereka Yang Terkorban Dan Cedera  - Ibrahim Mohd Idrus

Tun M Hijacks The Nothing2Hide Event

The Nothing2Hide Dialogue Session was an event by invitation only. Many NGOs and activists were invited but Tun M was not in the invitation list. Since he is very critical of DS Najib's policies, especially on 1MDB, and has tons of things on his mind to release, he forced himself to come. His unexpected presence at around 9 am received an overwhelming welcome by his supporters and few NGOs. Knowing that he was not invited, his supporters ushered him in. Later, scuffle and commotion broke out outside the Dewan. The Dewan door management and security was weak and unprepared, and the crowd outside the Hall was unruly and out of control. This proved that the main organisers, SukaGuam was ill-prepared for the unexpected developments and had many shortcomings. Sensing that somethings were not right, especially on the safety and security of DS Najib and Tun M, the Police decided to call off the event. It was known that DS Najib was already on his way to PWTC when he was advised by t...

Melayu Semakin Layu

Melayu Malaysia Semakin Parah Di Mana-Mana Saja Melayu Berpecah Melayu PAS Sudah Mula Berbalah Melayu UMNO Pula Retak Menanti Belah Jika Melayu Terus Menerus Melatah Akhirnya Nanti Melayu Mudah Diratah Bilalah Agaknya Melayu Hendak Bersatu Agar Menjadi Melayu Padu Dan Jitu   Keselamatan, Keamanan Negara Di Bahu Melayu Sedarlah Melayu, Jangan Kuyu Dan Layu