Skip to main content

Melayu Islam. Melayu Mesti Bersatu

Apabila kita bercakap tentang Bangsa Melayu di Malaysia dan di seluruh dunia, kita tidak boleh lari daripada mengaitkan mereka dengan Agama Islam. Begitulah sebaliknya. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Perkara ini sudah sebati dalam jiwa Orang Melayu yang rata-rata beragama Islam.

Di Malaysia hampir 100 peratus orang Melayu adalah beragama Islam. Saya tidak berani mengatakan 100 peratus kerana mengikut perangkaan Jabatan Agama ramai orang Melayu telah menganut Agama Kristian secara senyap-senyap dan sebahagian lagi mengamalkan ideologi liberal dan atheisme (free thinkers dan tidak mempercayai Allah). Sehubungan itu, hampir 100 peratus adalah Islam yang terus menerus mengamal, memperjuang dan mempertahankan Agama Islam di Malaysia.

Bangsa Melayu adalah satu rumpun bangsa Nusantara yang berperibadi lemah lembut, berbudi bahasa, bersopan santun, bertolak ansur, beradab dan beradat. Ini diakui sendiri oleh para Orientalis Barat yang datang menjajah Nusantara. Itu sebabnya Orang Melayu mudah menerima Agama Islam yang sarat dengan adab, tatatertib, sopan santun, suci bersih dan pendekatan sederhana. Amalan Agama Islam amat sesuai dan secocok dengan jiwa sopan santun dan lemah lembut Orang Melayu, malah turut menyempurna dan  mencantikkan lagi budaya asal mereka. Di samping itu, mereka amat taat dan menghormati para ketua dan pemimpin. Apabila Sultan-Sultan mereka memeluk Agama Islam, orang-orang Melayu telah beramai-ramai memeluk Agama Islam. Dan mereka terus mengamalkan ajaran Agama Islam dengan baik hingga ke hari ini.

Sebelum Merdeka, para nasionalis Melayu yang terdiri daripada para cendekiawan, guru dan ustaz telah bergabung tenaga untuk menyingkirkan para penjajah British dari bumi Persekutuan Tanah Melayu. Mereka begitu kental dengan semangat kebangsaan tanpa meninggalkan amalan Agama Islam. Akhirnya mereka telah berjaya menghantar pulang para penjajah dan membebaskan negara daripada cengkaman mereka pada 31 Ogos 1957.

Pada hari ini, di Malaysia, kita tidak boleh mengatakan perjuangan nasionalis Melayu adalah salah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya, di samping memperjuangkan kedudukan dan kepentingan orang Melayu, mereka dengan tidak secara langsung turut memperjuang dan mempertahankan Kesucian Agama Islam kerana mereka semuanya adalah Muslim dan Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan, Malaysia. Itu sebabnya para Sultan Melayu telah diamanahkan sebagai Ketua-Ketua Agama Islam untuk mempertahan dan memperjuangkan Agama Islam.

Kita juga silap dengan hanya memperjuangkan Agama Islam dan menolak soal Bangsa Melayu. Dalam Al-Quran, Allah sendiri telah menyebut tentang penciptaan manusia yang pelbagai bangsa, puak dan kaum agar manusia saling kenal mengenali antara satu dengan yang lain. Perkara ini juga banyak kali disebut dalam Hadith. Bangsa Arab dan Ajam juga banyak kali disebut. Bilal Bin Rabah, Sahabat setia Nabi Muhammad SAW adalah keturunan Habsyi Afrika sementara Salman Al-Farisi adalah kaum Ajam. Ajam bermakud bangsa bukan Arab atau bangsa Parsi.

Oleh itu, tidak salah apabila kita menyebut tentang perjuangan nasionalis Melayu Malaysia. Apabila mereka berjuang untuk bangsa mereka bererti mereka dengan tidak secara langsung berjuang untuk Agama Islam sendiri kerana orang Melayu adalah beragama Islam dan Islam itu adalah Agama bagi orang Melayu menurut konsep Orang Melayu Malaysia dan Perlembagaan Malaysia.            

Sebenarnya, dengan menolak soal Bangsa Melayu, kita telah menolak penciptaan dan ketentuan Allah SWT yang mencipta manusia dalam pelbagai bangsa, puak dan kaum agar mereka saling kenal mengernali antara satu dengan yang lain.      

Di Malaysia, Melayu Itu Islam Dan Islam Itu Melayu! Ia amat berkait rapat dan tidak dapat dipisahkan ibarat air yang dicencang tidak akan putus. Semua orang Islam adalah Bersaudara dan semua orang Melayu adalah Serumpun.


Melayu Mesti Bekerjasama Dan Bersatu

Saya bukan seorang rasis. I am not a racist. I am just an ordinary person with my own thoughts. Pendapat yang saya lontarkan di bawah adalah pandangan peribadi saya. Tidak lebih daripada itu.

Orang Melayu adalah bangsa dominan di Malaysia. Majoriti daripada daripada penduduk Malaysia terdiri daripada Bangsa Melayu dan Bumiputera. Malangnya, mereka kini telah berpecah belah dan membolehkan bangsa minoriti menjadi 'trump card' dan 'kingmaker' untuk mencaturkan kedudukan politik dan pentadbiran di Negara Malaysia.

Saya berpendapat, masanya telah tiba untuk seluruh orang Melayu bekerjasama dan bersatu-padu untuk terus memimpin dan mentadbir Negara Malaysia selama-lamanya. Orang Melayu UMNO, PAS, PKR, NGOs dll mesti mengambil pendekatan baru. Mereka harus kesampingkan perbezaan dasar yang kecil serta buangkan yang keruh dan ambil yang jernih saja. Kita perlu utamakan perjuangan yang lebih besar dan utama iaitu memantapkan kedudukan orang Melayu dan Agama Islam di Malaysia.

Jika orang Melayu terus menerus bersengketa sesama sendiri, akhirnya kita akan rugi dan menjadi mangsa seperti Rakyat Palestin, Red Indians di Amerika, Maori di New Zealand, Bush People di Australia, Gypsies di Eropah dll. Disebabkan oleh kebodohan politik orang Melayu, kita telah kehilangan Pulau Temasek (Singapura). Tanpa kesedaran kejadian tersebut, kita terus menerus melakukan kesilapan yang sama dengan hampir kehilangan Pulau Pinang. Sedarlah wahai orang Melayu. Jika tidak Melayu akan terus Layu (sila rujuk sajak saya Melayu Semakin Layu dalam blog ini).        

Kita ada 222 kerusi parlimen. Orang Melayu mesti menguasai dua pertiga daripada kerusi tersebut untuk terus menerajui negara ini dengan selamat dan aman. Dengan penguasaan tersebut, bangsa minoriti lain tidak akan berjaya mengotak-katikkan orang Melayu dan menjadi 'kingmaker' kepada politik dan pentadbiran Negara Malaysia.    

Orang Melayu perlu mencari satu Formula terbaik untuk bekerjasama dan bersatu padu walaupun mempunyai dasar-dasar cabang yang berbeza! Sama-sama kita fikir dan renungkan.  

Orang Melayu Malaysia yang kekal beragama Islam mesti berjaya di Dunia dan di Akhirat. Jika tidak, mungkin dalam masa 100 atau 150 tahun lagi, Agama rasmi negara ini akan bertukar kepada Agama lain. Kita sebagai orang Islam di Malaysia akan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti!

A Disunited Majority Can Be Controlled By A United Minority. Kumpulan Majoriti Yang Berpecah Belah Boleh Dikuasai Oleh Kumpulan Minoriti Yang Bersatu Padu!

Bersatu Padulah Wahai Bangsa Melayu Demi Kepentingan Bangsa Dan Agama Islam!













Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...