Skip to main content

G18 Tubuh Parti Baru

Kumpulan G18 yang tewas dalam Muktamar PAS baru-baru ini bercadang untuk menubuh sebuah Parti baru bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat. Mereka yang menggelarkan diri mereka 'progressive dan professional' telah bermesyuarat dengan para wakil PKR dan DAP di rumah banglo Datuk Kamaruddin Jaafar, orang kuat Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Parti baru yang mungkin diberi nama Harapan Baru, akan disertai oleh ahli-ahli PAS yang sealiran dengan mereka. Mereka berhasrat untuk menubuhkan Parti ini sebelum Pilihan raya akan datang bagi menentang PAS dan UMNO.

Dengan penubuhan Parti ini, orang Melayu semakin berpecah dan lemah.

Para pemimpin ulama PAS sekarang telah menegur hasrat mereka dan meminta mereka untuk mematuhi arahan pucuk pimpinan PAS. Teraju Pimpinan PAS sekarang yakin Parti baru ini tidak akan bertahan lama untuk bersaing dengan PAS sedia ada yang telah pun mantap di akar umbi. Mereka yakin Parti baru ini akan berkubur seperti Parti-Parti lain yang cuba bersaing dengan PAS.

Kumpulan 'progressive dan professional' ini diketuai oleh Mat Sabu, Khalid Samad dan beberapa orang ahli PAS yang berpengaruh. Mereka tidak sealiran dengan para pemimpin ulama.

Parti PKR dan DAP amat mengalu-alukan kewujudan mereka yang agak liberal dan inklusif berbanding PAS yang dipimpin oleh para ulama. Apabila PKR dan DAP menerima parti baru ini sebagai sekutu baru Pakatan Rakyat, ini bererti PAS terpaksa berundur diri dan mungkin pula bekerjasama dengan parti-parti lain seperti UMNO.

Pergolakan politik di Malaysia semakin menarik!  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...