Skip to main content

Siapa Dia Xavier Andre Justo

Mengikut New Straits Times, Xavier Andre Justo, 49 tahun, adalah rakyat Swiss berketurunan Sepanyol yang ditahan oleh pihak berkuasa Thai baru-baru ini. Beliau telah ditahan atas kesalahan mengugut bekas majikannya, PetroSaudi International yang mempunyai hubungan perniagaan dengan 1MDB Malaysia.

Beliau juga dikehendaki kerana telah mencuri dan menyalurkan emel dan dokumen rahsia syarikat kepada The Sarawak Report yang berpangkalan di UK. Sarawak Report kemudiannya telah melaporkan berita-berita palsu tentang 1MDB. Editor berita portal tersebut ialah Clare Rewcastle Brown, adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Mr Gordon Brown.  

Beliau memulakan kerjayanya di Switzerland di tiga buah bank. Selepas bercerai dengan isteri pertama, beliau telah menjadi seorang pemabuk dan mula mentatu badannya.

Beliau kemudiannya telah pergi ke Thailand. Di Thailand beliau berjumpa seorang pegawai PetroSaudi yang menawarkan beliau jawatan Eksekutif IT dengan gaji yang agak lumayan. Beliau kemudiannya diminta berhenti kerana sebab-sebab tertentu.

Tidak puas dengan pampasan yang diberikan, beliau telah meminta bayaran tambahan. Jika tidak, segala rahsia syarikat akan dibocorkan. PetroSaudi International tidak mengindahkan permintaan berkenaan, sebaliknya telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa Thailand.

Pihak berkuasa Thai telah bertindak segera dengan menahan beliau atas tuduhan mengugut bekas majikan. Beliau kini sedang ditahan dan disoal-siasat di Thailand. Semasa disoal-siasat, beliau ada menyebut beberapa nama rakyat Malaysia yang terlibat dengan penyaluran emel dan dokumen yang dicuri daripada database PetroSaudi International.

Saya yakin pihak berkuasa Malaysia telah pun menerima nama-nama rakyat Malaysia yang disebut oleh Andre Justo.  

Sebelum ditahan, beliau didapati menjalani hidup mewah di Koh Samui bersama isteri muda terbaru. Desakan kehidupan serba mewah ini telah mendorong beliau untuk memperolehi lebih banyak wang untuk dijoli. Salah satu caranya ialah dengan memerasugut bekas majikannya, PetroSaudi International.      

Diharap, pihak berkuasa Thai akan menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap beliau. Isu 1MDB ini mesti diselesaikan secepat mungkin. Kita perlukan jawapan segera dan sebenar kepada isu 1MDB ini. Ia telah berlegar terlalu lama serta mencemarkan nama baik negara dan Kerajaan Malaysia. Ekonomi Malaysia boleh terjejas dengan berita-berita palsu yang diputar belit dan khabar-khabar angin yang kian marak.  













 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...