Skip to main content

Kerajaan Selangor Dan Pulau Pinang Boleh Tumbang

Difahamkan pada pagi ini Azmin Ali telah berpeluang menghadap DYMM Sultan Selangor untuk berbincang sesuatu mengenai pentadbiran Negeri Selangor. Maklumat terperinci tidak dapat diperolehi.  

Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang boleh tumbang sekiranya berlaku peralihan sokongan beberapa orang ADUN kepada BN.

Di Selangor DAP mempunyai 15 kerusi, PAS 15 kerusi, PKR 13 kerusi, BN 12 kerusi dan Bebas (Tan Sri Khalid) 1 kerusi. PAS telah pun memutuskan pertaliannya dengan DAP. Ini bererti PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan boleh menjadi 'kingmaker' untuk pembentukan Kerajaan Selangor yang baru.

Ini boleh berlaku sekiranya PAS mula mengumumkan kerjasama dengan BN dan Tan Sri Khalid. Kerjasama ini akan menghasilkan 28 kerusi, sementara gabungan DAP dan PKR hanya tinggal 28 kerusi juga. Maka berlakulah kerajaan tidak stabil 'hung Government'. Apabila perkara ini berlaku, kerjasama PAS, BN dan Tan Sri Khalid hanya memerlukan seorang dua untuk melompat dari PKR untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru. ADUN DAP tidak akan melompat kerana mereka tetap dengan pendirian dan dasar 'chauvinistic', liberal dan Malaysian Malaysia mereka.

Jika tidak berlaku sebarang lompatan daripada PKR, Selangor akan terpaksa mengadakan Pilihan Raya Kilat (Snap Election). Gabungan DAP dan PKR amat takut dengan Pilihan Raya Kilat kerana kerjasamna BN, PAS dan Tan Sri Khalid boleh menumbangkan mereka. Lebih-lebih lagi, rakyat Selangor kini telah mula bosan dengan kerenah DAP dan PKR untuk sering mengadakan pilihan raya kecil, krisis Menteri Besar, krisis Air, kronism dll. Jika ditakdirkan berlaku pilihan raya kilat, saya yakin kerjasama BN, PAS dan Tan Sri Khalid boleh menang.                  

Di Pulau Pinang, DAP mempunyai 19 kerusi, PKR 10 kerusi, PAS 1 kerusi dan BN 10. Kerajaan DAP boleh tumbang sekiranya seluruh ADUN PKR dan PAS mahu bekerjasama dengan BN. Kerjasama ini akan menghasilkan 21 kerusi berbanding 19 kerusi yang dimiliki oleh DAP. Jika ini berlaku, Kerajaan Guan Eng akan tumbang tersungkur.

Soalannya, mahukah PKR Pulau Pinang bekerjasama dengan BN dan PAS. PKR adalah regu terbaik DAP kerana mereka mengamalkan dasar liberal yang sama. DAP akan menggunakan segala pengaruh pentadbiran dan materialnya untuk menggenggam erat ADUN PKR. Lagi pun, keluarga Anwar tidak akan membenarkan PKR bekerjasama dengan BN Dan PAS. BN adalah musuh ketat mereka sementara PAS tidak sealiran dengan mereka.

Walau apa pun, dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku. In politics, everything is possible.   A friend today but enemy tomorrow. An enemy today but friend tomorrow. Semuanya disebabkan oleh tamak dan gila kuasa (power craze).

Kita perlu tunggu dan lihat percaturan politik seterusnya.      









Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...