Skip to main content

Pakatan Rakyat Pecah

Pakatan Rakyat telah pecah ekoran pengumuman Lim Guan Eng semalam bahawa Pakatan Rakyat tidak wujud lagi.

Pengumuman ini dibuat susulan daripada keputusan Dewan Ulama PAS di Muktamar PAS baru-baru ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Apabila hubungan antara PAS dan DAP telah putus maka Pakatan Rakyat tidak boleh berfungsi lagi.

Perbezaan ideologi antara dua parti ini memang ketara sejak dulu lagi. PAS mengamalkan Politik Islam sementara DAP dengan dasar Sosialis Sekular. DAP tetap konsisten dengan konsep Malaysian Malaysia sementara PAS ingin mewujudkan pentadbiran Islam dengan Hukum Hudud. Tetapi, impian bersama mereka untuk menumbangkan pentadbiran UMNO/BN telah mendorong mereka untuk bekerjasama dalam satu Pakatan yang berlainan fahaman. Malangnya, ikatan ini tidak bertahan lama seperti Barisan Alternatif dulu.

Yang menjadi mangsa kepada perpecahan ini ialah Kerajaan Negeri Selangor! Apa akan jadi kepada Kerjaan Negeri Selangor? Pulau Pinang tidak goncang kerana ia dikuasai oleh DAP. Di Selangor DAP mempunyai 15 kerusi, PKR 13 kerusi dan PAS 15 kerusi di mana dua daripada ADUN mereka telah digantung. BN memiliki 12 kerusi dan Bebas 1 yang dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mungkinkah PAS akan bekerjasama dengan BN! Dalam Politik semuanya serba mungkin. DAP pasti bergabung dengan PKR. Ini dinyatakan sendiri oleh Lim Guan Eng kerana mereka memilik dasar liberal yang sama. Malah Lim ingin mencari Parti lain yang sealiran dengan mereka bagi menggantikan PAS.        

PasMa, serpihan PAS yang dianggotai oleh ahli-ahli liberal, profesional dan progresif telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah parti bagi menggantikan PAS. Mungkinkah mereka ini akan menjadi regu kepada DAP-PKR dalam pilihan raya akan datang.  

Ketika ini, Azmin bukan saja pening kepala, malah kedudukannya turut terancam. Kita tunggu dan lihat saja episod seterusnya. Mungkinkah Selangor terpaksa mengadakan pilihan raya kilat?      

     

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...