Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Kedah Bakal Terima Menteri Besar Baru

29 Januari 2016 - Jika dilihat daripada perkembangan yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur hari ini, Kedah bakal mendapat Menteri Besar baru dalam masa terdekat. Mungkin dalam minggu depan. Pada pagi ini, DS Najib telah menyerahkan senarai nama bakal Menteri Besar Kedah kepada Jemaah Penasihat Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, Kuala Lumpur. Difahamkan 3 nama telah dicalonkan iaitu Datuk Dr Ku Abd. Rahman, Datuk Mohd Rawi dan Datuk Azmi tanpa nama Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, DS Ahmad Bashah. Walau bagaimanapun, DS Najib telah menafikannya. Pada Rabu lalu, DS Najib telah menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara. Di sebelah petang, Majlis Tertinggi UMNO telah mengadakan mesyuarat di Bangunan UMNO dengan dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dijemput saja. DS Mukhriz Mahathir dilihat meninggalkan Bangunan UMNO kerana beliau bukan Ahli Majlis Tertinggi dan tidak dijemput ke mesyuarat tersebut. Perkara ini telah disahkan oleh Setiaus...

Mampukah Mukhriz Bertahan?

23 Januari 2016 -  Ketika isu 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion masih lagi berlegar, UMNO telah menimbulkan satu lagi kontroversi. Kali ini mengenai kedudukan DS Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah pula. Isu ini sepatutnya dibincang dan diselesaikan secara tertutup (closed-door) bukannya diwar-warkan kepada pihak media arus perdana mahupun media sosial. Kini, satu dunia telah tahu dan akan menjadi satu isu hangat yang baru. Mereka tidak serik lagikah? Mereka tidak sedar lagikah? Mereka tidak belajar daripada pengalaman dan kesilapan dulukah? Sekarang, parti lawan mereka, terutama sekali DAP berpeluang mengeksploitasi isu ini sebagai "senjata dan peluru" tambahan untuk menangkis UMNO dan BN. Mereka lupakah bahawa lawan mereka ini banyak bergantung hidup pada isu-isu semasa? Come on UMNO, don't you realise that Opposition thrives only on sensational issues. They lack salient ideas and proper agendas for Malaysia but you provide them with new weapons to shoot you do...

TS Adenan Satem Dan Pilihan Raya Sarawak

Di antara Ketua Menteri dan Menteri Besar Malaysia yang paling menonjol sekarang ialah Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak. Saya amat kagum dengan cara pentadbiran dan pendekatan beliau berbanding Menteri Besar dan Ketua Menteri Malaysia yang lain. Beliau berani berterus terang, tegas, yakin dengan pendapatnya, berani melaksanakan apa saja untuk kebaikan dan kemajuan rakyat Sarawak serta tidak tunduk kepada teguran dan desakan para pemimpin Kerajaan Pusat. Sejak mengambil alih teraju kepimpinan Sarawak daripada Tan Sri Taib Mahmud, beliau telah memperkenalkan banyak transformasi berani demi kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak, terutama sekali rakyat luar bandar dan pedalaman. Beliau telah memastikan agar semua rakyat Sarawak, terutama sekali rakyat luar bandar dan pedalaman sentiasa dibela dan diberi keutamaan, kesihatan dan pendidikan rakyat diutamakan, jalan-jalan raya baru dibina, tol-tol lebuhraya dihapuskan, kegiatan pembalakan dan perlombongan haram dibanteras, rasuah ...

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan Malaysia

Pada hari ini, 40 tahun lalu, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke-2, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah Hospital di London akibat penyakit Leukaemia. Ketika itu beliau berusia 54 tahun dan telah memimpin Malaysia selama 6 tahun dari 1970 - 1976. Dalam masa yang begitu singkat beliau telah berjaya mengasaskan pembangunan Malaysia melalui pelbagai Dasar Pembangunan Ekonomi dan Dasar Luar Negara. Ini termasuk memperkenalkan Buku Merah, DEB yang bertujuan menghapuskan kemiskinan tanpa kira kaum, menubuhkan Felda yang telah membantu ramai peneroka dan kini telah berkembang menjadi Felda Global Venture yang tersenarai di Bursa Malaysia, menubuhkan Petronas yang menjana pembangunan  ekonomi Malaysia, menstruktur semula ekonomi selepas kejadian hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 dll. Beliau juga telah mengejutkan dunia dengan menjalin perhubungan diplomatik dengan China, sebuah negara Komunis ketika itu yang masih menyokong perjuangan Pengganas Komunis Malaya ser...

Syed Mokhtar Al-Bukhary - Melayu Terkaya Di Malaysia

Mengikut Majalah Antarabangsa Forbes, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan Ahli Perniagaan Melayu yang terkaya di Malaysia. Walau bagaimanapun, beliau menduduki tempat ketujuh dalam senarai Ahli Perniagaan terkaya di Malaysia di belakang Robert Kuok, Ananda Krishnan, Quek Leng Chan dan seterusnya. Dalam kedudukan (ranking) dunia, beliau tersenarai sebagai orang ke-628 terkaya di dunia. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, 64 tahun, adalah seorang self-made Billionaire yang menjalankan pelbagai bidang perniagaan (Diversified). Beliau menguasai rangkaian rel mass-transit, penyiaran digital, syarikat jana kuasa elektrik, pelabuhan, perladangan dan bekalan peralatan pertahanan di bawah syarikat MMC Corp dan DRB Hicom. Beliau juga menguasai pengedaran beras ke seluruh negara. Menurut Business Times, MMC Corp yang mengambil alih NCB Holdings, dijangka akan mengambil alih Pelabuhan Melaka dalam tahun ini untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu operator pelabuhan yang terunggu...

MMC Corp Bhd Ambil Alih NCB Holdings Bhd

Breaking News MMC Corp Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ambil alih NCB Holdings menerusi anak syarikat milik penuh mereka MMC Port Holdings Sdn Bhd. Syarikat tersebut dijangka akan mengambil alih Pelabuhan Melaka pada tahun ini untuk menjadikannya setaraf dengan operator pelabuhan terkemuka di rantau ini seperti Shanghai, Singapore dan Hong Kong Ports. Menurut sumber Business Times, selepas mengambil alih NCB dan Pelabuhan Melaka, MMC Corp akan menggabungkan seluruh operasi pelabuhannya di bawah MMC Port untuk muncul sebagai salah satu daripada 20 operator pelabuhan yang terkemuka di dunia. Business Times menyebut Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corp, Datuk Seri Che Khalib Mohamed Noh sebagai berkata MMC Port yang memiliki Northport, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas akan mengambil alih Pelabuhan Melaka. Ini merupakan misi dan visi syarikat berkenaan. Beliau berkata Northport sebagai salah sebuah pelabuhan utama di Malaysia mempunyai po...

Resolusi Demi Resolusi

Apabila Saja Menjelang Tahun Baru Pelbagai Resolusi Akan Meluru Supaya Lebih Berjaya Dari Tahun Dahulu Resolusi Dilaksana Dengan Tabah Setiap Hari Ditempuhi Dengan Gagah Bersikap Kental Tanpa Mahu Mengalah Empat Bulan Kemudian, Semangat Bertukar Luntur Misi Dan Visi Menjadi Kabur Resolusi Yang Dijanji Semakin Bertabur Sikap Manusia Memang Begitu Pada Mulanya Berkobar Penuh Jitu Entah Mengapa, Kemudian Bertukar Lemah dan Lesu Akhirnya Resolusi Menjadi Hiasan Diari Terbengkalai Begitu Saja Tanpa Intipati Hanya Tinggal Nama Tetapi Jiwa Mati Resolusi Perlu Dilaksana Tanpa Jemu Disiplin Diri Perlu Dipupuk Dengan Padu Kuatkan Tekad Dan Semangat Tanpa Lesu InsyaAllah, Resolusi Akan Mencapai Mercu Oleh Ibrahim Mohd Idrus  

2015 Berakhir, 2016 Bermula

Selepas dua bulan kita mengalu-alukan kedatangan Tahun Baru 1 Muharram 1437H, kini kita menyambut kemunculan Tahun Baru 1 Jan 2016M pula. Tahun 1436H dan 2015M telah melabuhkan tirai dengan diwarnai pelbagai peristiwa suka duka dan pahit manis. Semua negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, tidak terlepas daripada situasi ini. Dari isu politik, ekonomi, kewangan, pentadbiran, pengurusan hinggalah kepada soal ketenteraan, keselamatan, pendidikan, kesihatan, sosial, budaya, agama dll. Namun begitu, Malaysia dan kebanyakan negara di seluruh dunia, masih mampu bernafas, berdiri tegak dan melangkah ke hadapan dengan positif untuk menghadapi dan mengatasi apa jua badai, taufan, onak dan duri yang datang melanda. As the saying goes, When the going gets tough, the tough gets going. Dengan izin Allah, kita telah berjaya mengharungi dan menyelesaikan pelbagai rintangan satu demi satu dan terus mara ke depan dengan penuh keyakinan untuk menuju matlamat yang disasar. Sejak awal tahun 2015...