Mengikut Majalah Antarabangsa Forbes, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan Ahli Perniagaan Melayu yang terkaya di Malaysia. Walau bagaimanapun, beliau menduduki tempat ketujuh dalam senarai Ahli Perniagaan terkaya di Malaysia di belakang Robert Kuok, Ananda Krishnan, Quek Leng Chan dan seterusnya.
Dalam kedudukan (ranking) dunia, beliau tersenarai sebagai orang ke-628 terkaya di dunia.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, 64 tahun, adalah seorang self-made Billionaire yang menjalankan pelbagai bidang perniagaan (Diversified). Beliau menguasai rangkaian rel mass-transit, penyiaran digital, syarikat jana kuasa elektrik, pelabuhan, perladangan dan bekalan peralatan pertahanan di bawah syarikat MMC Corp dan DRB Hicom. Beliau juga menguasai pengedaran beras ke seluruh negara.
Menurut Business Times, MMC Corp yang mengambil alih NCB Holdings, dijangka akan mengambil alih Pelabuhan Melaka dalam tahun ini untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu operator pelabuhan yang terunggul di rantau ini. MMC Port yang memiliki Northport, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas akan menggabungkan seluruh operasi pelabuhannya untuk menjadi salah satu daripada 20 operator pelabuhan yang terkemuka di dunia.
Tan Sri Syed Mokhtar adalah seorang yang berwatak low profile, simple dan sederhana sehinggakan ramai orang yang tidak mengenali beliau. Beliau tidak sombong, tidak egoistik, suka merendahkan diri dan suka menderma. Adakalanya beliau ke pejabat hanya dengan memakai selipar.

Comments