Skip to main content

Kedah Bakal Terima Menteri Besar Baru

29 Januari 2016 - Jika dilihat daripada perkembangan yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur hari ini, Kedah bakal mendapat Menteri Besar baru dalam masa terdekat. Mungkin dalam minggu depan.

Pada pagi ini, DS Najib telah menyerahkan senarai nama bakal Menteri Besar Kedah kepada Jemaah Penasihat Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, Kuala Lumpur. Difahamkan 3 nama telah dicalonkan iaitu Datuk Dr Ku Abd. Rahman, Datuk Mohd Rawi dan Datuk Azmi tanpa nama Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, DS Ahmad Bashah. Walau bagaimanapun, DS Najib telah menafikannya.

Pada Rabu lalu, DS Najib telah menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Di sebelah petang, Majlis Tertinggi UMNO telah mengadakan mesyuarat di Bangunan UMNO dengan dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dijemput saja. DS Mukhriz Mahathir dilihat meninggalkan Bangunan UMNO kerana beliau bukan Ahli Majlis Tertinggi dan tidak dijemput ke mesyuarat tersebut. Perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor.

DS Mukhriz Mahathir telah membawa kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu ekoran 'feel good factor' yang ditampilkan oleh beliau terhadap para penduduk Kedah. Selepas dilantik menjadi MB Kedah, beliau dikatakan tidak menghasilkan prestasi (performance) yang diharapkan, jarang berada di Kedah sehinggakan beliau digelar Part Time MB, sering menghantar wakil untuk merasmikan sesuatu majlis, tidak menjalin hubungan mesra dengan para wakil rakyat dan para pemimipin UMNO yang lain dll. Tindak tanduk beliau yang paling tidak menyenangkan para pemimpin UMNO Kedah ialah beliau sering kelihatan berpihak kepada Team 3 M dan sering mengkritik DS Najib. Mungkin sikap ini yang membawa kepada penyingkiran beliau sebagai MB Kedah. I think, this is the last straw that breaks the camel's back!

DS Mukhriz sepatutnya membina kekuatan politiknya sejurus selepas beliau memperolehi kedudukan politik sebagai MB. Malangnya, beliau tidak melakukan perkara tersebut tanpa menjalin hubungan kuat dengan para wakil rakyat dan para pemimpin UMNO Kedah. Tanpa sokong padu mereka, kedudukan MB akan mudah tergugat. After attaining the political position, he should develop his political power base to strengthen his MB position. Political power is important for future political survival. But, he failed to do that because he is still a novice in Machiavellian Politics. Maybe he should learn that from his dad, Tun Dr Mahathir.

Saya harap DS Mukhriz akan dibawa ke Kerajaan Pusat sebagai Menteri untuk menenangkan keadaan politik di Kedah. Lagipun, beliau masih muda dan mempunyai potensi besar untuk digilap sebagai seorang pemimpin yang baik di masa akan datang.    


Breaking News - Seperti yang dijangkakan, Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 akan diadakan pada 30 April 2016 sementara penamaan calon akan diadakan pada 18 April 2016. Pengumuman ini telah dibuat oleh TS Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak malam ini.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.    



                

        

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...