Breaking News
MMC Corp Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ambil alih NCB Holdings menerusi anak syarikat milik penuh mereka MMC Port Holdings Sdn Bhd. Syarikat tersebut dijangka akan mengambil alih Pelabuhan Melaka pada tahun ini untuk menjadikannya setaraf dengan operator pelabuhan terkemuka di rantau ini seperti Shanghai, Singapore dan Hong Kong Ports.
Menurut sumber Business Times, selepas mengambil alih NCB dan Pelabuhan Melaka, MMC Corp akan menggabungkan seluruh operasi pelabuhannya di bawah MMC Port untuk muncul sebagai salah satu daripada 20 operator pelabuhan yang terkemuka di dunia.
Business Times menyebut Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corp, Datuk Seri Che Khalib Mohamed Noh sebagai berkata MMC Port yang memiliki Northport, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas akan mengambil alih Pelabuhan Melaka. Ini merupakan misi dan visi syarikat berkenaan.
Beliau berkata Northport sebagai salah sebuah pelabuhan utama di Malaysia mempunyai potensi untuk maju dan berjaya kerana ia memiliki 3 M "man, machine and money".
Kata beliau lagi syarikat akan memberikan insentif kepada para kakitangan NCB yang menunjukkan komitmen dan produktiviti yang baik.
Berita dipetik daripada NST Online dan Business Times.

Comments