Skip to main content

Mampukah Mukhriz Bertahan?

23 Januari 2016 -  Ketika isu 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion masih lagi berlegar, UMNO telah menimbulkan satu lagi kontroversi. Kali ini mengenai kedudukan DS Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah pula. Isu ini sepatutnya dibincang dan diselesaikan secara tertutup (closed-door) bukannya diwar-warkan kepada pihak media arus perdana mahupun media sosial. Kini, satu dunia telah tahu dan akan menjadi satu isu hangat yang baru. Mereka tidak serik lagikah? Mereka tidak sedar lagikah? Mereka tidak belajar daripada pengalaman dan kesilapan dulukah? Sekarang, parti lawan mereka, terutama sekali DAP berpeluang mengeksploitasi isu ini sebagai "senjata dan peluru" tambahan untuk menangkis UMNO dan BN. Mereka lupakah bahawa lawan mereka ini banyak bergantung hidup pada isu-isu semasa?

Come on UMNO, don't you realise that Opposition thrives only on sensational issues. They lack salient ideas and proper agendas for Malaysia but you provide them with new weapons to shoot you down.  

Tidak dapat dinafikan bahawa "faktor rasa senang hati, feel good factor" yang dirasai oleh para penduduk Kedah terhadap DS Mukhriz Mahathir telah membawa kemenangan kepada UMNO dan BN. Orang tua, dewasa mahupun remaja di Kedah telah memilih UMNO dan BN kerana mahukan Mukhriz menerajui Kedah. Beliau dianggap sebagai pemuda yang bersih tanpa rasuah, jujur, amanah, bertanggungjawab, ikhlas, bijak, bersopan-santun, lemah-lembut, mudah tersenyum, mesra dengan orang ramai, suka beterus-terang dll.  

Tidak lama lagi, mungkin dalam bulan Mac atau April ini, Sarawak akan menghadapi Pilihan Raya. Ketika ini, momentum positif nampaknya berpihak kepada TS Adenan Satem dan BN kerana majoriti rakyat Sarawak berpuas hati dengan prestasi dan transformasi yang dilaksanakan oleh beliau. Tetapi, isu panas seperti ini akan dieksploitasi oleh pihak lawan, terutama sekali DAP untuk meraih undi di Sarawak.

UMNO mesti selesaikan isu ini secepat mungkin sebelum ia menular lebih teruk. Difahamkan para pemimpin UMNO Kedah telah bertemu PM secara tertutup (closed-door) di PWTC petang semalam. PM telah mengarahkan mereka supaya senyap dan jangan war-warkan perkara tersebut lagi (a gag order). Ini baru betul. Perkara ini perlu diselesaikan secara senyap dan tertutup.

Di perjumpaan tersebut PM telah meminta para wakil agar memberikan sedikit masa kepada DS Mukhriz untuk berfikir dan menyelesaikan perkara tersebut. PM juga telah memberikan dua cara penyelesaian, iaitu melalui politik atau undang-undang.

PM dijangka akan melakukan lawatan ke Langkawi esok untuk dua acara penting. Berkemungkinan besar beliau akan mengambil kesempatan tersebut untuk bertemu  DYMM Sultan Kedah bagi memaklumkan perkara berkenaan.

Saya berpendapat, sekiranya DS Mukhriz digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah, beliau harus dilantik sebagai Menteri Kabinet Persekutuan bagi meneruskan Kerjaya beliau. DS Mukhriz mempunyai postensi besar untuk berkembang dan sumbangan politik beliau amat diperlukan pada masa kini dan akan datang.

Saya juga berharap UMNO akan terus berbaik-baik dan bekerjasama dengan PAS demi kemantapan politik dan perpaduan Melayu Islam. Kerjasama UMNO - PAS akan mewujudkan suasana Check and Balance yang akan menjadikan orang Melayu Islam lebih Progresif dan Berintegriti. Presiden PPP, M Kaveas turut akui akan pentingnya kerjasama UMNO dan PAS. Beliau berkata baru-baru ini kerjasama ini bukan saja akan mengukuhkan perpaduan Melayu Islam malah akan mewujudkan kestabilan politik di Malaysia. Perpaduan dan kekuatan Melayu Islam adalah tunggak kepada kestabilan dan kemajuan negara Malaysia.                    



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.





    

        

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...