Skip to main content

2015 Berakhir, 2016 Bermula

Selepas dua bulan kita mengalu-alukan kedatangan Tahun Baru 1 Muharram 1437H, kini kita menyambut kemunculan Tahun Baru 1 Jan 2016M pula.

Tahun 1436H dan 2015M telah melabuhkan tirai dengan diwarnai pelbagai peristiwa suka duka dan pahit manis. Semua negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, tidak terlepas daripada situasi ini. Dari isu politik, ekonomi, kewangan, pentadbiran, pengurusan hinggalah kepada soal ketenteraan, keselamatan, pendidikan, kesihatan, sosial, budaya, agama dll.

Namun begitu, Malaysia dan kebanyakan negara di seluruh dunia, masih mampu bernafas, berdiri tegak dan melangkah ke hadapan dengan positif untuk menghadapi dan mengatasi apa jua badai, taufan, onak dan duri yang datang melanda. As the saying goes, When the going gets tough, the tough gets going. Dengan izin Allah, kita telah berjaya mengharungi dan menyelesaikan pelbagai rintangan satu demi satu dan terus mara ke depan dengan penuh keyakinan untuk menuju matlamat yang disasar.

Sejak awal tahun 2015. pelbagai komentar, suara sumbang dan negatif (the Naysayers dan Doomsayers) telah kedengaran kononnya ekonomi Malaysia akan runtuh dan menjadi muflis apabila nilai matawang Ringgit jatuh melepasi angka RM4.00 berbanding 1 Dollar Amerika. Kini, nilai matawang Ringgit adalah di sekitar RM4.20 berbanding 1 Dollar Amerika, tetapi asas ekonomi kita (the economic fundamentals) masih utuh dan Malaysia tidak jatuh muflis seperti Greece. Sebaliknya, nilai matawang Ringgit sekarang semakin stabil dan Malaysia telah muncul sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju dan kompetitif dari aspek perdagangan antarabangsa. Simpanan luar negara (foreign reserves) kian meningkat. Kedudukan ekonomi Malaysia didapati lebih baik daripada sebilangan negara Afrika, Asia, Amerika Latin, Timur Tengah dan juga Eropah. So, our economy is not that bad as portrayed by certain negative elements.            

Suasana ekonomi global bagi tahun baru 1437H dan 2016M masih lagi dalam keadaan tidak menentu (full of uncertainties). Sehubungan itu, ia tidak menjamin dan menjanjikan 1001 kejayaan dan keceriaan. Walau bagaimanpun, kita boleh merancang dengan baik, berharap dan berusaha lebih gigih untuk menjadikan tahun ini lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya. Pertumbuhan ekonomi dunia masih lagi lembab dan terumbang-ambing, kedudukan matawang dunia masih tidak stabil, harga komoditi dan minyak masih rendah, OPEC dan Amerika masih lagi mengeluarkan minyak seperti biasa walaupun permintaan berkurangan, peperangan di Iraq dan Syria masih berlarutan, Israel masih lagi mengancam negara Palestin, masalah pelarian masih berleluasa, situasi politik di sebilangan negara masih bergelora, masalah keganasan global (global terrorisme) masih berlaku, masalah kepanasan global (global warming) masih melanda bumi yang mengakibatkan cuaca panas terik dan sejuk melampau (extreme weather) serta hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat, pencemaran alam sekitar masih berlaku (green house emission) dll. Semua ini telah menyumbang serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia. Kemelut ini perlukan penyelesaian bijak dengan segera.

Walau apapun aral yang mendatang pada tahun ini, kita perlu tabah dan cekal hati untuk menghadapinya. Kita perlu menyuntik diri kita dengan semangat juang yang baru (a renewed spirit), mindset baru, mentaliti baru, sikap baru, pengorbanan baru, iltizam baru, sikap positif, bekerja lebih bijak (work smart), bekerja lebih kuat (work hard), tidak putus asa, kesungguhan luar biasa (a strong determination), daya ketahanan yang kental (solid resistance), daya kebingkasan yang kuat (strong resilience), agresif dll untuk survive dan berjaya dalam tahun baru ini.    



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...