Skip to main content

TS Adenan Satem Dan Pilihan Raya Sarawak

Di antara Ketua Menteri dan Menteri Besar Malaysia yang paling menonjol sekarang ialah Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak. Saya amat kagum dengan cara pentadbiran dan pendekatan beliau berbanding Menteri Besar dan Ketua Menteri Malaysia yang lain. Beliau berani berterus terang, tegas, yakin dengan pendapatnya, berani melaksanakan apa saja untuk kebaikan dan kemajuan rakyat Sarawak serta tidak tunduk kepada teguran dan desakan para pemimpin Kerajaan Pusat.

Sejak mengambil alih teraju kepimpinan Sarawak daripada Tan Sri Taib Mahmud, beliau telah memperkenalkan banyak transformasi berani demi kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak, terutama sekali rakyat luar bandar dan pedalaman. Beliau telah memastikan agar semua rakyat Sarawak, terutama sekali rakyat luar bandar dan pedalaman sentiasa dibela dan diberi keutamaan, kesihatan dan pendidikan rakyat diutamakan, jalan-jalan raya baru dibina, tol-tol lebuhraya dihapuskan, kegiatan pembalakan dan perlombongan haram dibanteras, rasuah dibendung, alam sekitar dan kehijauan Sarawak dijaga rapi, memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Rasmi Komunikasi Kerajaan selain Bahasa Malaysia (Melayu), mahu royalti minyak Sarawak ditambah, menyokong perjanjian antarabangsa TPP kerana ia akan membawa banyak kebaikan kepada Sarawak dan Malaysia dari aspek perdagangan antarabangsa dan menjadikan Malaysia lebih kompetitif. Beliau tidak mahu Malaysia menjadi seperti Korea Utara yang terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi dunia. Beliau juga dijangka akan bertemu DS Najib pada Rabu akan datang untuk membincangkan penurunan kuasa Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Sarawak bagi memberi lebih banyak kuasa kepada Kerajaan Negeri Sarawak serta mengelakkan pertindihan kuasa dan pentadbiran untuk memajukan Negeri Sarawak.

Mengikut laporan terkini yang saya perolehi dari Bumi Kenyalang itu, majoriti rakyat Sarawak sekarang amat berpuas hati dan senang dengan segala usaha dan program yang dijalankan oleh TS Adenan Satem. Ia merangkumi rakyat Sarawak luar bandar, pedalaman mahupun di bandar. Perkembangan ini amat baik dan akan memberi kelebihan kepada TS Adenan Satem dan Partinya sekiranya Pilihan Raya Sarawak diadakan dalam masa terdekat. Momentum populariti beliau didapati semakin meningkat hari demi hari. Sehubungan itu, saya mengesyorkan agar TS Adenan Satem mengadakan Pilihan Raya Sarawak dalam masa 2 - 3 bulan ini ketika beliau masih berada di puncak populariti dan kurang membuat kesilapan.

Saya yakin, sekiranya Pilihan Raya Sarawak diadakan dalam bulan Mac atau April ini, TS Adenan Satem dan BN Sarawak akan menang besar, termasuk di 11 kerusi baru yang telah diperkenalkan oleh SPR. BN Sarawak mungkin akan mendapat mandat lebih besar berbanding Pilihan Raya dulu kerana majoriti 11 kerusi baru ini akan dimenangi oleh BN termasuk beberapa DUN lama yang kini dikuasai oleh Parti Pembangkang.

Sekiranya BN Sarawak menang besar, ia boleh sedikit sebanyak mempengaruhi rentak Pilihan Raya di Semenanjung yang bakal diadakan dalam tahun 2018. Jika Kerajaan Pusat BN ingin terus berkuasa selepas PRU14, ia harus memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada TS Adenan Satem dan Kerajaan Sarawak mulai sekarang.  

Ini adalah ramalan politik saya semata-mata. Mungkin juga ramalan saya ini silap dan meleset! This is just a political prediction. My prediction may be wrong.

Di antara Transformasi yang paling menarik perhatian saya ialah ketegasan beliau untuk memertabatkan Bahasa Inggeris sebagai salah satu Bahasa Rasmi Komunikasi Kerajaan Sarawak di samping Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu). Beliau berkata ia bertujuan untuk mendorong rakyat Sarawak agar lebih serius terhadap Bahasa tersebut yang merupakan Bahasa Komunikasi Global, Bahasa Ilmu, Bahasa Sains dan Teknologi, Bahasa paling luas dipertuturkan di dunia dan Bahasa paling banyak digunakan di Internet. Beliau tidak mahu rakyat Sarawak, terutama sekali rakyat luar bandar dan pedalaman, tercicir daripada arus kemajuan dan kemodenan dunia. Saya amat mengalu-alukan pendapat dan perjuangan beliau itu.

Beliau juga berani menghapuskan bayaran tol di beberapa lebuhraya Sarawak berbanding kenaikan bayaran tol di lebuhraya Semenanjung. Walaupun lebuhraya bertol di Sarawak tidak sebanyak di Selangor, tetapi keberanian dan keikhlasan beliau untuk menghapuskan tol demi rakyat Sarawak harus dipuji.

Kini beliau sedang menunggu keputusan dan kelulusan Kerajaan Pusat untuk menambah royalti minyak untuk Sarawak. Sekiranya Kerajaan Pusat luluskan permohonan berkenaan, ia merupakan satu lagi kejayaan bagi TS Adenan Satem. Saya harap Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan permohonan tersebut walaupun pendapatan Petronas sekarang telah merosot akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia. Harga minyak mentah terkini ialah di sekitar US$30.00 satu tong. Amat rendah dan dijangka akan merosot lagi akibat ketidaktentuan ekonomi dunia (due to global economic uncertainties).



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.                        

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...